Monday 20 April 2015

7 ORANG MANGSA KEBAKARAN KG GUM-GUM DAPAT BANTUAN MAKANAN DARI ADUN ZAKARIA


OLEH: LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE




GAMBAR MENUNJUKKAN.............Zakaria menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran Kampung Gum Gum sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai lain kelmarin


GUM-GUM:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris meminta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk mengatur supaya  mangsa kebakaran Kampung Gum Gum dapat ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gum Gum.

“Mereka kini ditempatkan sementara di Dewan Gum Gum dan saya mencadangkan kepada MPS untuk menempatkan mereka di PPR Gum Gum dengan serta merta supaya mereka serba sedikit mendapat keselesaian,” kata Zakaria ketika menyerahkan bantuan kewangan serta keperluan asas kepada mangsa kebakaran di Dewan Gum Gum kelmarin.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, meminta mereka yang ditimpa bencana ini untuk bersabar sementara menunggu bantuan-bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan.

Zakaria turut memberitahu mangsa kebakaran bahawa beliau tidak dapat bersama mereka sebelum ini kerana beliau sedang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Kinabalu tetapi telah mengarahkan pegawai-pegawai beliau untuk mengenalpasti bantuan-bantuan yang diperlukan oleh mangsa.

Beliau berkata bahawa sebaik sahaja dimaklumkan berhubung kejadian tersebut, beliau telah menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah, untuk meminta bantuan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Turut hadir semasa penyerahan bantuan kewangan dan keperluan asas kepada mangsa kebakaran ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyrakat (CDO) Rosly Aziz, Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal  Islam Negeri Sabah Haji Awang Juri,  Penolong Setiausaha MPS Haji Mansor Haji Mohd Kawi, Ketua Bahagian Ketentaraman Awam dan Trafik Daerah ASP Osman Ismail,  pegawai-pegawai dari MPS, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan dan RELA.

Bantuan kewangan dan keperluan asas itu adalah sumbangan dari Datuk Zakaria, Pusat Zakat Sabah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Am Sandakan, pemimpin-pemimpin UMNO dan pemimpin setempat.

Seramai 35 orang dari sembilan buah keluarga hilang kediaman mereka dalam kebakaran di Kampung Gum Gum yang memusnahkan tujuh buah rumah pada pagi April 8 lepas.

Kebakaran itu merupakan kejadian kedua yang berlaku di kampung tersebut dalam tempoh tidak sampai sebulan. Rumah milik Ketua UMNO cawangan Kampung Gum Gum Zainab Mohd Zain musnah dalam kebakaran pada pagi Mac 13.




No comments:

Post a Comment