Monday 20 April 2015

MENABUNG TABUNG HAJI JADIKAN SATU TABIAT WANITA TERUS DIAMALKAN .....SERU RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO RAHIMAH ARSAH



KARAMUNTING:- Sebagai wanita kita bukan saja tertumpu kepada menjaga makan minum suami dan menjaga anak-anak disamping melibatkan diri dalam  aktivirti-aktiviti kewanitaan banyak hal lagi  perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk mempertabatkan kaum wanita.



Wanita perlu mendekati ajaran-ajaran agama Islam yang mendalam dalam usaha menyemai ilmu agama untuk dunia dan bekalan akhirat.

“Perlu saya tekakan disini  menabung dijadikan satu tabiat yang harus dikekalkan kepada diri wanita untuk kebaikan iaitu menabung  di Tabung Haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.”


Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahiman Arsah berkata demikian ketika berucap merasmikan Kaunter Pembukaan Akaun Tahung Haji anjuran bersama Komuniti 1 Malaysia  Skim Perumahan Karamunting dan Lembaga Tabung Haji Malaysia disini baru-baru ini.
  
GAMBAR KENANG-KENANGAN..... Rahimah (tengah duduk) bergambar bersama Jawatankuasa penganjur program tersebut.


Tindakan yang dipraktik oleh pihak Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia Skim

Perumahan Karamunting dan pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia  dan Pergerakan Wanita UMNO Batu Sa-pi adalah memberi menfaat kepada masyarakat setempat.

Program tersebut telah dihadri oleh para ibu bapa dan penduduk-penduduk kawasan  perumahan Karamunting yang lain untuk mendengar  ceramah yang disampaikan oleh pegawai daripada Lembaga Tabung Haji Malaysia.





No comments:

Post a Comment