Tuesday 31 January 2017

FST….. EXCO AGAMA ISLAM PULAU PINANG SELAR HADI (PAS) BUAT TUDUHAN MELULU TERHADAP KERAJAAN NEGERI P PINANG ANTI ISLAM



OLEH: AHMAD DASUKI AZIZ
Tuesday January 31/2017

PULAU PINANG:- Dakwaan UMNO/BN  kononnya yang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersikap pilih buluh hanya bangsa Cina sahaja yang diambil perhatian dalam pelbagai aspek dan sementara kaum Melayu Islam terus terpinggir untuk menikmati pelbagai bantuan dari kerajaan Pakatan harapan yang merangkumi dua parti DAP dan PKR.
Sebenarnya dakawaan UMNO/BN itu telah meleset lebih jauh dan tidak  kena pada sasarannya atau  mengkritik secara semboronoh sahaja.
Sebenarnya dalam kepentingan kaum Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang terbela di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan cukup baik.
Menurut Exco agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim, sejak Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008, syiar Islam terus berkembang subur jauh melebihi sewaktu kerajaan terdahulu.
Beliau membuat kenyataan demikian menyanggah dakwaan semberono Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh kerajaan Pulau Pinang gagal membela kepentingan Melayu dan Islam negeri itu.
“Mana mungkin, Presiden PAS gagal melihat pencapaian dan pembaharuan ketara antara kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
“Hakikatnya, syiar Islam terus subur di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan PKR. Melayu dan Islam akan terus terbela di Pulau Pinang,” katanya.
Abdul Malik berkata, belanjawan bagi hal ehwal agama Islam pernah mencecah sehingga 300 peratus melebihi bajet agama sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh kerajaan yang diketuai parti Gerakan iaitu rakan politik Umno.
Tindakan itu katanya telah menyebabkan pemimpin Gerakan-BN mengecam secara terbuka pentadbiran kerajaan negeri, khususnya DAP kerana menyalurkan bajet agama yang besar berbanding zaman BN.
“Bajet agama ini, sehingga kini tidak berkurang daripada keperluan semasa.
“Selaku Exco Agama, saya ingin memaklumkan perkembangan pendidikan Islam khususnya Sekolah Agama Rakyat, KAFA, Maahad Tahfiz, Pondok dan TADIS terus dibantu berdasarkan keupayaan kewangan negeri,” umum beliau.
Selain bajet tahunan untuk Hal Ehwal Agama, kerajaan PH Pulau Pinang juga jelas Abdul Malik menydiakan bajet khusus untuk institusi pendidikan Islam negeri itu.
“Sehingga kini, lebih RM14 juta telah disalurkan untuk tujuan itu. Bahkan guru-guru dan kakitangan institusi pendidikan Islam menerima bonus tahunan yang tidak pernah diterima sebelum ini.
“Bajet dan sumbangan itu, tidak termasuk pembinaan masjid, surau dan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang ketara berbanding kerajaan terdahulu,” katanya.
Jelas beliau, sejak PH mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang, semakin banyak program-program agama diperkenalkan.
Antaranya ialah Ijtimak dan Anugerah Al-Hufaz, bulan-bulan Al-Quran dan Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil Alamin yang bertujuan mengangkat martabat masyarakat Islam negeri itu.
“Program keagamaan dan majlis ilmu di masjid dan surau berkembang subur. Para pendakwah dan ustaz-ustaz tidak disekat hanya kerana berbeza fahaman politik dengan kerajaan negeri.
Menurutnya, amalan yang tidak pernah berlaku pada zaman BN, di mana para ustaz PAS dihalang mengajar dan berkuliah di masjid dan surau di Pulau Pinang.
“Bahkan, bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Salleh Man yang kini sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang sendiri tidak dibenarkan menyampaikan kuliah di masjid pada zaman BN,” jelasnya.
Selain itu, kerajaan Pulau Pinang juga telah mengumumkan untuk membina Hospital Islam setinggi 14 tingkat, yang pertama di negeri ini dan akan dimulakan pada Mac depan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun.
Manakala, pembinaan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang pula katanya akan dimulakan pada pertengahan tahun ini.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri sebelum ini juga telah menganugerahkan sebidang tanah bernilai lebih RM80 juta bagi pembinaan Ibu Pejabat Mahkamah Syariah setinggi 7 tingkat di Jalan Scotland.
Pentadbiran negeri yang diketuai Lim Guan Eng juga telah mengambil contoh pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah melaksanakan polisi ‘amar maaruf nahi mungkar’ dan pembasmian kemiskinan.
“Atas semangat itulah, kerajaan negeri melaksanakan ‘ Program Pembasmian Kemiskinan Tegar’ bagi menghapuskan miskin tegar di kalangan rakyatnya, tanpa mengira kaum dan agama.
“Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Agenda Ekonomi Saksama di mana Keluarga yang berpendapatan di bawah RM750 sebulan, akan dibantu secara bulanan. Lebih 1000 keluarga yang dikenalpasti, 90 peratus adalah Melayu Islam,” ujarnya




FST.... MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA MP SANDAKAN MERIAH


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
Tuesday January 31/2017

SANDAKAN:- Sudah menjadi satu budaya yang telah lama diamalkan di Negara Malaysia yang berbilang kaum perbezaan budaya dan berlainan pegangan agama mengadakan majlis rumah terbuka pelbagai perayaan saban tahun.

Contohnya seperti  sambutan perayaan Hari raya Aidilfiti-Krismas-Deepavali termasuk juga sambutan Tahun Baru Cina mereka mengadakan majlis rumah terbuka  apa saja jenis perayaan di Negara ini adalah niat dan bertujuan untuk menjalinkan hubunngan mesra dan mengikat siratulrahim antara kaum-kaum lain tanpa mengira warna kulit untuk berkunjung majlis rumah terbuka tersebut.


Majlis rumah terbuka seperti perayaan-perayaan yang disebutkan awal-awal tadi tidak kira  dianjurkan oleh parti penyokong kerajaan ataupun parti pembangkang pastinya disambut oleh kaum Melayu-Cina dan India walaupun secara sedarhana inilah keunikannya  apa yang berlaku di Negara kita Malaysia.

Kelmarin adalah  hari raya Tahun baru Cina masuk hari ketiga di mana Ahli Parlimen (DAP) Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya di Taman Sibuga yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.30 petang.

Tetamu  yang mengunjungi majlis rumah terbuka Pengerusi DAP Sabah itu adalah terdiri daripada sahabat handai dan juga para penyokong DAP yang terdiri dari masyarakat Cina-Bumiputera Islam dan India dan termasuk para pemimpin kanan DAP.

Wong berkata walaupun Negara mengalami kemerosotan  ekonomi yang tenat namun rakyat Malaysia yang berketurunan Cina  tetap menyambut Tahun Baru Cina walaupun hanya sedarhana kerana ini adalah sudah jadi amalan budaya bangsa cina sejak turun-,menurun nenek moyang mereka  lagi.

Kata Wong lagi walaupun ekomoni Negara  kini sedang merundung dan telah dirasai oleh semua orang namun majlis rumah terbuka  Tahun Baru Cina tetap diadakan yang bertujuan untuk  mengeratkan jalinan mesra untuk semua kaum untuk menyerikan dan menceriakan suasana perayaan Tahun Baru Cina.

Para tetamu selain sajikan pelbagai juadah hidangan sebagai santapan namum mereka juga telah terhibur oleh persembahan tarian-tarian singa.

Wartawan Kanan  Free Sandakan Today Online  (FST) yang juga selaku Setiausaha Akhbar (Bahasa Malaysia) kepada Ahli Parlimen Sandakan tidak  dapat hadir sama dalam majlis rumah terbuka kerana factor kesihatan beliau (SSJ) yang tidak mengizinkan



Monday 30 January 2017

FST…..KESAH BENAR SEJARAH POLITIK LAJIM UKIN KERANA TIDAK DICALONKAN PRU13, DIA MELOMPAT PARTI



OLEH:YB Datuk Khusairi Talib.
(NOTA : Khusairi Talib merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Adun Slim), Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim, Pengerusi BN Bahagian Tanjong Malim, UKM Bangi (1982-1986) - author, ex-journalist.)

Monday January 2017/30

DATUK Seri Panglima Lajim Ukin, Janang Gayuh kaum Bisaya di Beaufort, Sabah dengan jelas telah menunjukkan haluan politiknya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Beliau tidak lagi akan berada dalam kapal Barisan Nasional (BN), sebaliknya akan bersama Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang ditubuhkannya.

Manakala seorang lagi Ahli Parlimen yang meninggalkan BN, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing turut menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang hampir pasti akan bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Itulah politik Lajim sebenarnya. Bermula daripada 1985 ketika memenangi kerusi DUN Klias, sehinggalah semalam ketika Ahli Parlimen Beaufort itu mengumumkan perletakan jawatannya daripada beberapa posisi penting BN dan UMNO, Lajim adalah tokoh politik Sabah yang tidak punya rasa setia kepada parti politik yang dianggotainya.

Mengenali Lajim sejak 1986 dan pernah menghasilkan buku autobiografinya ketika saya di Sabah, beliau dilihat seorang ahli politik opportunis yang sentiasa mengambil kesempatan yang menguntungkan dirinya sendiri, tanpa menghiraukan kepentingan partinya.

Lajim bertanding atas tiket PBS di DUN Klias pada 1985 setelah hasratnya untuk menjadi calon parti Berjaya dipandang sepi oleh Datuk Harris Salleh yang menjadi Presiden parti dan Ketua Menteri Sabah ketika itu. Beliau menang dan kemudiannya menjadi anak emas kepada Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

Pairin mengangkat Lajim ke jawatan penting bermula daripada Pembantu Menteri hinggalah Menteri penuh dalam Kerajaan PBS. Sepanjang di dalam Kerajaan PBS, Lajim bercita-cita besar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kuota Bumiputera-Islam, tetapi hasrat beliau itu selalu dibayangi oleh seorang lagi anak emas Pairin, iaitu Datuk Bahrom Abu Bakar Titingan, pemimpin suku kaum Suluk dari Tawau. Kaum Suluk, yang hampir keseluruhannnya beragama Islam adalah suku kaum Bumiputera-Islam yang terbesar di Sabah, mengatasi kaum Bisaya.

Selepas Pilihanraya Negeri 1990, biarpun Bahrom tewas di Balung atas tiket PBS, tetapi Pairin masih melantiknya ke jawatan ADUN dan mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua Menteri mewakili Bumiputera-Islam yang menyebabkan Lajim mengamuk semasa upacara angkat sumpah di Istana. Lajim ketika itu menang di Klias menewaskan calon USNO, Azizah Mohd Dun dengan majioriti 791 undi.

Sepanjang penguasaan PBS di Sabah, bukan rahsia lagi berlaku perebutan jawatan penting antara Lajim dan Bahrom bagi kuota Bumiputera-Islam, samalah keadaannya di antara Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chau Tet On bagi kuota kaum Cina. Dalam setiap kali pertandingan, kemenangan berpihak kepada Bahrom. Teck Lee pula berjaya menewaskan Tet On yang kemudiannya mengerakkan MCA di Sabah.

Lajim memendam rasa sejak sekian lama di dalam PBS, walaupun beliau memegang jawatan Menteri dalam kabinet Pairin. Sebaliknya Teck Lee bertindak menjelang Pilihanraya Negeri Sabah pada 1994 dengan meninggalkan PBS dan menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP).

Tindakan Teck Lee itu agak menghairankan kerana beliaulah antara individu yang kuat mempengaruhi Pairin supaya membawa PBS keluar daripada BN menjelang Pilihanraya Umum 1990.

Lajim, walaupun menang sekali lagi kerusi DUN Klias dalam Pilihanraya Negeri 1994, telah mula menunjukkan reaksi untuk mengkhianati PBS dan Pairin. Bukan rahsia lagi ketika ADUN-ADUN PBS berkampung di Sri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri dalam peristiwa di luar pintu pagar Istana sebaik selesai pilihanraya itu.

Lajim sudah menghantar mesej mahu meninggalkan PBS dan melompat ke BN. Dalam pilihanraya tersebut, PBS menang tipis dengan 25 kerusi, berbanding 23 dimenangi BN.

Ketika itu Pairin menunggu dalam kereta di luar pintu pagar Istana selama 36 jam bersama penyokong-penyokong PBS untuk masuk mengangkat sumpah Ketua Menteri di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Haji Said Keruak.

Lajim yang berada di Sri Gaya dalam keadaan ‘terkurung’ bersama Adun-Adun PBS yang lain berjaya meloloskan mesej untuk mengkhianati partinya itu yang menjadi antara sebab upacara angkat sumpah Ketua Menteri tertangguh.

Ketika itu, Lajim sudah merasakan bahawa keinginannya untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam tidak akan kesampaian kerana anak Tun Mustapha, Datu Amirkahar juga turut menang di DUN Banggi atas tiket PBS.

Jelas sekali, Pairin melantik Amirkahar selaku Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam yang meningkatkan api kemarahan Lajim terhadap Pairin dan PBS.

Biarpun Pairin berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, kekuasaannya tidaklah kekal lama apabila Lajim bertindak melompat ke parti UMNO bersama dengan ADUN Kemabong, Rubin Balang dan ADUN lantikan, Haji Zaini Md Isa.

Biarpun jasa Lajim dilihat begitu besar hingga menyebabkan peralihan kuasa daripada PBS kepada BN di Sabah, tetapi dia menyimpan cita-cita pula untuk menjadi pemimpin nombor satu Sabah, iaitu sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran jawatan itu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Penggiliran pertama pastinya bukan milik beliau kerana Tun Sakaran Dandai lebih senior dan mempunyai hairaki kepimpinan yang lebih kanan dalam UMNO Sabah. Selepas 11 bulan, atas faktor kesihatan, Tun Sakaran melepaskan jawatan itu tetapi kuota UMNO itu tidak singgah kepada Lajim, sebaliknya Datuk Salleh Tun Said Keruak dilantik.

Selepas Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok mengambil giliran bagi kuota Cina dan Bumiputera Bukan-Islam, jawatan itu tidak jatuh juga kepada Lajim, tetapi kepada Datuk Osu Sukam.

Selepas digilirkan kepada Dato’ Chong Kah Kiat, kemarahan Lajim semakin membuak-buak apabila jawatan idamannya itu jatuh pula ke tangan Datuk Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003 sehingga sekarang.

Ketika ini Lajim mempersalahkan semua pihak. Baik Musa yang dilihat menjadi musuh ketatnya dalam politik Sabah, mahupun Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang diwar-warkan tidak akan mencalonkan lagi Lajim dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Lajim tidak boleh menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah sampai ke dinding. Sikapnya yang tidak istiqamah kepada perjuangan parti sudah dapat dihidu sejak beberapa tahun lalu. Ugutan kepada pucuk pimpinan parti bukanlah cara yang baik bagi kelangsungan politik peribadi.

Lajim kini mahu mencari landasan lain untuk meneruskan karier politiknya. Bagi Lajim, sejak sekian lama hidup dan matinya adalah bergantung kepada politik. Selaku ahli politik opportunis, beliau sentiasa merangka langkah politik yang boleh menguntungkannya.

Perhitungan Lajim meninggalkan Berjaya dan bertanding atas tiket PBS terbukti mengena pada cita-cita politiknya apabila PBS menang dalam Pilihanraya Negeri 1985. Tindakannya meninggalkan PBS dan melompat ke UMNO juga ternyata mengena sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah dari PBS pada 1994 dan seterusnya menyambung nasib politik beliau.

Entah apalah pula perhitungan dan bacaan politik Lajim kali ini sehingga sanggup meninggalkan BN dan mahu bersekongkol pula dengan PR. Tetapi Lajim perlu akui pepatah Melayu akan tiba ke atas dirinya, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua."

Hari ini Kabinet telah membuat keputusan terhadap kedudukan Lajim, sebagaimana diumumkan iaitu perlantikannya sebagai Timbalan Menteri dibatalkan. Setelah tokoh Bisaya itu mengumumkan perletakan pelbagai jawatannya dalam UMNO dan BN, apalah gunanya lagi beliau duduk di kerusi Timbalan Menteri Kerajaan Persekutuan. Apa gunanya juga beliau kekal menjadi ahli UMNO?

Pecatlah sahaja Lajim, kerana kaum Bisaya di Sabah selama ini menyokong Lajim bukan kerana dirinya, tetapi kerana parti yang diwakilinya. Lajim akan menjadi seperti Yong Teck Lee, yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai 'Paramount Leader' (pemimpin agung) kepada kaum Cina di Sabah, tetapi akhirnya tersungkur dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sandakan yang majoriti pengundinya di kalangan kaum tersebut. Ironinya, Teck Lee tewas di tangan seorang wanita yang tidak menonjol dalam arena politik Sabah.

Pastinya akan muncul Janang Gayuh yang baru bagi kaum Bisaya di Beaufort. Manakala Lajim pula akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah politik Sabah selepas PRU-13 nanti!.

Adakah kepimpinan Lajim dalam arena politiknya masih lagi dipercayai oleh kaum Bisaya atau lain-lain bangsa yang ada di negeri Sabah ini terhadap perjuangannya yang kerap lompat parti itu  apa  cerita PRI14 nanti adakah Lajim masih mendapat sokongan padu daripada penyokong-penyokongnya




AHLI WARISAN DINASIHATI SUPAYA TAAT SETIA PADA PEMIMPIN....FST


( ingat pesan DS Shafie Apdal)

OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Monday January 30/2017

POLITIK itu tidak kotor tetapi pemainlah yang mengotorkannya. Politik sekarang tidak seperti politik dizaman nabi yang dikatakan siasah.

Kita sekarang berhadapan dengan politik akhir zaman yang digunakan bermacam cara untuk mengalahkan lawan yang menyebabkan lawan lemah terkulai layu.

Istilah kata POLITIK ikuT kamus INDON ialah muslihat. Makna siapa yang bijak muslihat atau strategi biasa menang di dunia tetapi belum tentu nanti di akhirat.

Politik sekarang banyak menipu, membohong dan putar alam dan segala media seperti Tivi, Utusan mereka gunakan untuk memutar fakta dan di sana hanya yang baik saja di bicarakan sedang yang tidak baik itu dari pejuang-pejuang yang ikhlas dan benar.

Nah, setiap yang kahwini politik kena faham ini.Hal ini selalu saya dan DSSA bicarakan dan saya bersetuju kata DS Shafie dalam waktu terdekat akan banyak lagi FITNAH aib bakal diterima sebab tujuannya untuk pengaruhi rakyat agar bila terpujuk kata-kata mereka yang AUTA dan bohong.

" Misalnya kes dana jabatan air awalnya dikata saya yang punya duit dan dikatakan saya selewengkan, padahal mereka sendiri dan bila ketahuan yang berkenaan dikenakan/tuduhan pengubahan wang. Lojikkah? " itu tanyanya DS Shafie.

" Kemudian dikaitkan lagi kes di Pulau Gaya sedang itu kuasa kerajaan Negeri dan KKLW tidak terlibat. Memang benar hanya yang berkenaan saja dapat bekalan air iaitu resort dan lain yang berkepentingan tapi resort di sana siapa punya?" Tanya DS Shafie Apdal. Rakyat kena fikir.

Makanya setiap ahli WARISAN kena faham cara permainan pihak lawan untuk menjatuhkan dan mereka kesan terdesak akan melakukan apa saja untuk semula kuasai kerajaan Sabah/Malaysia amanya.

" sebagai yang bergiat dalam politik kena siap sedia kritikan-kritikan yang membabi buta dan jangan mudah terpengaruh dan kena fahami sistem dan kuasa-kuasa kerajaan negeri dan persekutuan sebab yang meluluskan projek secara nego hanyalah Menteri kewangan Malaysia dan Menteri Kewangan Sabah iaitu Najib dan Musa. Menteri2 lain tidak berkuasa ikut peratiran TRESURY INSTRUCTIONS.

" Mereka yang selewengkan dana rakyat, saya pula dituduh makan duit dan memang mereka ini hebat suka-suka menuduh dan lepas ketahuan diubah tuduhan bukan rasuah tapi pengubahan wang dan tidak hairan kes berjuta-juta itu akhirnya tidak salah dan jika benar saya makan duit, pasti sudah lama saya dalam penjara..." Kata DS Shafie Apdal lagi dan itu sebab sebelumnya D Shafie enggan menjawab sebab dia tahu tak bersalah dan minta SPRM siasat dengan telus.

Makanya mulai sekarang setiap ahli WARISAN kena tahan tukul dan tabah hadapi semua perkara. Dalam memperjuangkan yang benar pasti ada hinaan dan kutukan, makanya semua orang kena sabar sedikit dan kena berkorban sebab pengorbanan yang ikhlas pasti akhirnya Allah berkati dan berikan kemenangan.


FST..... HANYA TAFSIRAN SEMATA-MATA

 
( mungkin PKR tanding guna logo WARISAN)


OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Monday January 30-2027

MELIHAT dan meneliti keadaan sesama dan kesan PRU-13 lalu pasti kita dapat simbulkan apa sudahnya nanti.

Yang jelas kalau tidak bersatu akhirnya mungkin BN akan berkuasa semula kecuali WARISAN punya kekuatan yang diluar jangka kita.

Datuk Seri Shafie pasti banyak pengalaman dan tahu keadaan dan suasana PRU-13 lalu sebab dia di dalam UMNO ketika itu, cuma dia tidak akan bercakap apa sebenarnya secara rasminya.

WARISAN parti baru dan aktif terus bergerak hingga berjaya menghimpunkan ribuan orang ramai sedang parti lain hanya diam atau bergerak sesekali tidak seaktif WARISAN.

Setakat ini saya tidak pernah mendengar yang WARISAN menolak gabung atau kerjasama dan yang dikatakan oleh kepimpinan WARISAN hanyalah akan berkerja dengan parti yang betul-betul ikhlas dan boleh menang.

Kedua mereka akan mengambil keputusan sesudah jelajah selesai di seluruh Sabah dan mahu respons rakyat sebenarnya terhadap penubuhan parti WARISAN yang di dalamnya pelbagai bangsa.

Saya perhatikan dan buat tafsiran WARISAN lebih mudah berkerjasama dengan Parti Cinta Sabah dan HARAPAN sebab sebelum ini DSSA memang ada hubungan baik dengan Datuk Wilfred Bumburing, sementara dengan DSP Lajim itu tidak sukar sangat.

kemungkinan WARISAN tidak akan berkerjasama dengan SAPP sebab sudah ada DAP termasuk STAR dan jawabannya mudah iaitu DS Shafie kenal kedua pemimpin berkenaan.

WARISAN tidak boleh tidak akan berkerjasama dengan PH sebab Sabah hanya mempunyai 25 kerusi MP dan untuk kuasai kerajaan pusat perlukan lebih 112 kerusi MP dan WARISAN sedar tidak mahu seperti kemenangan PBS 1985 yang tidak ada kuasa untuk kawal pelbagai seperti WANG DISATUKAN, Kastam, Tentera, Polis dan sebagainya.

Saya bersetuju kalau semua bersatu maka BN mudah ditumbangkan

Kita fikirlah maksud saya dan tafsirlah!


FST.....SHAFIE UCAP TERIMA KASIH & TERHARU




OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
January 30/2017 Monday


SEMPAT berbicara dengan DS Shafie Apdal pagi ini dan katanya dia berterima kasih dan amat terharu perkembangan masa kini parti WARISAN Sabah.

" Sambutan dari rakyat Sabah memang di luar jangka dan penyertaan rakyat semakin ramai dan ini petanda yang baik " Katanya.

Memang benar dan jelas di seluruh daerah di Sabah, ramai yang dulu aktip dalam UMNO berbondong-bodong keluar meninggalkan UMNO menyertai WARISAN termasuk ahli SAPP, PBS, UPKO dan parti2 lain.

" Kita terima siapa saja yang mahu sertai asal ikhlas dan matlamat pertama tumbangkan BN " Kata DS Shafie Apdal lagi.

Disamping itu DS Shafie juga menjelaskan bahawa istilah berjuang tidak cukup tanpa pengorbanan dan kesan ramai ahli-ahli UMNO dan lain yang menyertai menggunakan kosep berjuang dan berkorban.

" UMNO dulu masa melawan Inggeris dan menuntut kemerdekaan beza dengan UMNO yang ada sekarang. UMNO sekarang hanya untuk keluarga, kroni, suku sakat dan rakyat biasa mereka tidak peduli " Tambahnya lagi.

Kalangan UMNO/UPKO yang sertai WARISAN rata-rata mereka bukan saja pejuang malah siap berkorban apa saja demi selamatkan Sabah dan Sabahan.

" Ada yang baru duduki setiausaha sambutan saya datang ke Petagas konon dipecat dari menduduki ahli lembaga pengarah salah satu agensi dengan serta merta dan ini kelihatanya sungguh kejam sebab menutup periuk nasi orang berkenaan. Nah, inilah yang saya maksudkan berjuang dan BERKORBAN" jelas DS Shafie Apdal lagi.

DS Shafie Apdal ketika bercakap dengan saya yang ia berterima kasih kepada semua ahli=ahli yang terus berkerja keras dan yang siap sedia dipecat atau dipinggirkan.

" Rezeki itu ada di mana-mana dan yang memberikan rezeki bukan Manusia tapi Allah dengan cara kita berusaha dan berdoa " katanya lagi dan mengharapkan yang berkenaan bersabar dan mohon saja sama Allah.

" Saya berterima kasih atas pejuangan ahli-ahli WARISAN disamping pengorbanan yang luar biasa dan hingga setakat ini saya perhatikan ahli-ahli WARISAN tidak mengharapkan apa-apa jawatan dan jauh melobi sesuatu dan mereka benar-benar ikhlas berjuang dan siap berkorban demi rakyat Sabah " Demikian ia akhiri perbincangan kami petang ini.

Esok  Shafie  sebuk dengan beberapa acara sambutan Tahun Baru Cina, malamnya pula di Petagas dan lusa ke Kg. Pantai Sipitang.

Sabah mesti kita ubah
Mesti dan mesti
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


Sunday 29 January 2017

FST….NURLIYANA….UCAP KONG HEE FATT CHOY KEPADA RAKAN-RAKAN FB TIONG HWA



KRIMAN: NURLIYANA ABDULLAH -FST
Sunday January 29/2017

KEPADA  teman-teman  di Facebook dan di luar sana yang Tionghua, diucapkan selamat Tahun Baru Cina dan mudah2an tahun ini kita semua mendapat rezeki yang melimpah serta hidup selalu dalam keadaan aman damai bahagia.

Mereka yang bukan kalangan Tionghua juga sama diharapkan perayaan tahun ini akan terus mengakrapkan silaturahim sesama kita dan diharap tahun 2017 ini membawa perubahan yang lebih baik demi mempertahankan warisan budaya bangsa kita.

Salam bahagia semuanya.


Saturday 28 January 2017

FST......KISAH NYATA" PERISTIWA ANEH SEBUAH JENAZAH DITANAH KUBURAN

KIRIMANAN: Husnul Khatimah
Sabtu Januari 28/2017

BAGI yang melihat foto ini..
Mohon Jangan Diabaikan
Luangkanlah Waktu untuk Membacanya..
Dan Ucapkanlah #Aamiin Dikomentar..
SEMOGA YANG KOMENTAR "Aamiin" KELAK WAFATNYA HUSNUL KHOTIMAH..Aamiin Yaa Rabbal'Aalamiin
ini adalah kisah nyata,kisah proses penguburan seorang pejabat di sebuah kota di Jawa Timur,
nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan..
Insya ALLAH kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput..
Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya..
Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :
Saya terlibat dalam pengurus jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani..
Ada yang meninggal dunia akibat kecelakaan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya..

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang pejabat yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup..

Inilah pertama saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah..
Sebagai Modin tetap di desa, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah Bapaknya..
Saya terus pergi ke rumahnya..
Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk..

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan..
Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini..
Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh,saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam..
Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari ALLAH Subhanahu Wata'ala..
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong..

Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus " fardu kifayah " atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar..
Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju..

Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekedar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa..Maka saya pun urut-urut perut almarhum..

Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan..
ALLAH Subhanahu Wata'ala berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya karena pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya..
Hati saya berdebar-debar..

Apa yang sedang terjadi di depan saya ini..??
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi karena saya mengurut perutnya untuk kali terakhir..
Tiba-tiba ketentuan ALLAH Subhanahu Wata'ala berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup..

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung)..
Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempo yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa..??
Saya lihat wajah anak almarhum..
Mereka seperti terkejut,Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada Bapaknya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik..
Saya katakan kepada mereka :
Inilah ujian ALLAH terhadap kita..!!

Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum..
Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung karena mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah..

Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasehati mereka..
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah Bapak mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya..

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah Bapak mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru..
Saya kemudian meminta ijin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu..

Takdir ALLAH ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya..
Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan..
SubhanALLAH suasana menjadi makin panik..
Benar-benar kejadian yang luar biasa sulit diterima akal pikiran manusia biasa..
Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil..
Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu..

Saya meminta anak-anaknya kain kafan..
Saya bawa mayat ke dalam kamarnya dan tidak diijinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi..

Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke kamar dan hendak dikafani, takdir ALLAH jua yang menentukan, ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi ujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki..
Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mau menerima mayat tadi..

Tidak apalah, mungkin saya yang khilaf dikala memotongnya..
Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang..

Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan..
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada ALLAH : Yaa ALLAH, jangan kau hinakan jenazah ini Yaa ALLAH, cukuplah sekedar peringatan kepada hamba-MU ini..

Selepas itu saya beri taklimat tentang sholat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan karena tidak ada mobil jenazah/mobil ambulance.Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah..
Semua sedang terpakai, beberapa tempat tersebut juga tidak punya kereta jenazah lebih dari satu karena kereta yang ada sedang digunakan pula..
Suatu hal yang saya pikir bukan sekedar kebetulan..
Dalam keadaan itu seorang hamba ALLAH muncul menawarkan bantuan..
Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis mobil pick-up dari garasi rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van..

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba istrinya keluar..
Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai : Mas, saya tidak perbolehkan mobil kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengijinkan kita naik mobilnya..

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian..!!
Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya..
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya..
Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta ijin saya dalam 10-15 menit membersihkan mobilnya itu..

Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul mobil tersebut, tapi dalam keadaan basah kuyup. Mobil yang dimaksudkan itu sebenarnya lori..

Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik..
Saya tidak mau mereka melihat lagi peristiwa ganjil..
Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir ALLAH yang terakhir amat memilukan..

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah..
ALLAH Subhanahu Wata'ala berkehendak semua atas makhluk ciptaan-NYA berlaku, saat jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering..

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu..??
Sukar untuk saya menjawabnya..
Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapak mereka dikemas dalam peti dengan hati-hati..

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah..
Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat safa'at Nabi..
Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut..
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol..

Tapi sungguh mengherankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becek..
Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu..

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu..
Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter..
Artinya kubur itu tidak ditimbun hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlobang..

Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air..
Masya ALLAH, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi..
Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin..

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan..
Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya.
Saya bertanya kepada istri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya..
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim..??
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya..??
3. Memakan harta masjid dan anak yatim..??
4. Menyalahkan gunakan jabatan untuk kepentingan sendiri..??
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, shodaqoh atau infaq..??

Istri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya..
Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nomor telepon rumah..
Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya..

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristrikan orang Amerika, seorang dapat istri orang Australia dan seorang lagi istrinya orang Jepang..

Peristiwa ini akan tetap saya ingat, Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan atau isapan jempol..
Semua kebenaran saya kembalikan kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala pencipta jagad raya ini..
Kepada semua pembaca ,tanyalah diri kita,akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapak kita, anak kita atau kaum keluarga kita..??
Semoga akhir hidup kita semua Husnul Khatimah,Aamiin..
Yuk Bagikan Artikel ini,
semoga menjadi KEBAIKAN bagi kita semua..
Yaa ALLAH..Mudahkanlah urusan orang yang Membaca status ini..
Dekatkanlah Rezekinya,Sehatkanlah jiwa raganya dan Mudahkanlah jodohnya untuk orang yang nge-Like dan nge-share Status Ini..Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin..
Klik SUKA dan komentar AAMIIN lalu BAGIKAN dengan Ikhlas.

FST....; SHAFIE APDAL UCAP SELAMAT TAHUN BARU CINA (KONG HEE FATT CHOY) SELURUH RAKYAT MALAYSIA


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Sabtu Januari 2017/28

SABAH sebuah wilayah yang unik. Memang unit sangat. Beza dengan yang lain. Di Sabah bisa duduk satu meja, makan sama dan bercakap satu bahasa tidak ada bedanya.
Tidak ada rasa sakit hati, tidak ada dendam dan semua hidup dalam ikatan kasih sayang yang cukup utuh, ikhlas dan menusuk ke dalam.
Dalam keluarga famili terdiri kadazan/dusun, cina, sino, murut, suluk, kedayan, bajau, rungus dan segala macam bangsa dan agama, warna kulit atau budaya tidak menjadi masalah malah itu pengikat silaturahim yang lebih akrab dan sesuai dengan firman Allah melahirkan umat berbangsa-bangsa untuk sering kenal mengenal.
Sabah juga punya pelbagai perayaan termasuk Hari Raya, Krismas, pesta menuai termasuk Tahun Baru Cina dan segala macam perayaan dan ketika sampai waktunya semua menghulur tangan tanda kekeluargaan yang akrap. Inilah uniknya Sabah tanah airku.
Mereka ini yang pelbagai kaum dan warisan cukup menghormati, sayang sesama dan ini pasti kekal abadi.
Perjuangan suku kaum Tionghua di Sabah seperti Albert Kwok tidak banyak dikenal orang dan ramai melupakannya ketika ia melawan Jepun dan membunuh 30 Jepun di zaman itu dan ia seangkatan dengan Tun Mustapha bapa kemerdekaan Sabah.
Albert Kwok seorang pejuang yang akhirnya dia dipancung di Petagas bersama Julius Stephen, Ambo Ali dan banyak lagi dan ini harusnya kita kenang dan dijadikan sejarah untuk dikenal anak bangsa kita.
Di Semanjung, sejarah Cheng Ho dan Parameswara diabad 15 juga sama tidak lagi diperkatakan orang dan kesan Cheng Ho jugalah Parameswara memeluk islam dan Islam perkembang di Tanah Melayu meski sejarah melalui batu bersurat Trengganu Islam sudah ada di sana abad ke-13.
Masyarakat Tionghua juga telah banyak menyumbang ekonomi di Malaysia juga di Sabah ini dan itu kita kenang dan ingat, seharusnya sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat tionghua ini diambil contoh untuk sama membangunkan Sabah agar lebih maju ke depan.
Kegawatan ekonomi bangsa kita di Malaysia kelihatannya cukup merundum dan dana negara diselewengkan seolah Malaysia ini milik peribadi dan hukum serta undang-undang  hanya memilih dan kelihatannya ketidakadilan ada di mana-mana.
Fitnah memfitnah, aib mengaibkan terus bermaharaja dan ini merupakan petanda yang tidak baik dan kesan itulah parti WARISAN ditubuhkan untuk tujuan memperbaiki keadaan dan selamatkan Sabah seterus Malaysia.
Kita mengharapkan Tahun Baru kali ini membawa rahmat untuk terus kita menyatu dan Allah mudahkan laluan kita untuk mencapai kejayaan.
Selamat Tahun Baru dan inilah juga sebahagian warisan negara bangsa kita yang harus dipertahankan.
Gong Xi Fa Cai