DARI SUDUT MEJA
EDITOR-FST
SHAIMON S JUMADI-BSK
Wednesday January
25/2017
KAMPUNG
setinggan atau dipanggil
sebagai kampung penempatan yang kebanyakannya rumah-rumah dirikan diatas air.
Pada
asalnya kawasan paya bakau mereka terokai kerana ingin membina rumah diatas
tanah milik kerajaan itu sama ada minta kebenaran ataupun sebaliknya.
Seperti
di belakang kawasan Bandar Litat Jaya dalam Zon kawasan Elopura memang banyak tumbuh rumah-rumah haram macam
cendawan di kampung itu 99 peratus
penghuninya adalah terdiri daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang
rata-rata mereka bekerja sebagai buruh binaan ataupun selebihnya menganggur.
Bagi
PATI yang mempunyai pekerjaan walaupun sebagai buruh kasar binaan tetapi mereka
ada sumber pendapatan bulanan mereka bisa menyara kehidupan anak isteri yang
lebih baik.
Sementara
mereka yang mengangur tidak punya sebarang pekerjaan jelas tiada apa-apa
pendapatan yang diperolih untuk menyara diri sendiri dan juga keluarga mereka.
Bila
sudah manganggur tiada punca pendapatan macam mana mahu meneruskan kehidupan
harian mereka terpaksa fikiran pendek
ambil jalan pintas mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah berat atau
ringan.
Selain
mencuri-meragut mungkin juga melakukan rompakan bersenjata di mana-mana tempat
saja yang difikrkan tempat kurang selamat kurang perhatian pihak polis
disitulah jadi tempat dan pusat jenayah.
Contoh
terdekat kawasan Bandar Litat Jaya merupakan kawasan industrial tempat ramai peniaga bermacam-macam barangan
keperluan jadi di semana-mana PATI tadi yang tidak punya pekerjaan mereka
mencari jalan untuk mencuri barang-barang niaga disekitar Bandar itu.
Wartawan
portal Free Sandakan Today Online (FST) pernah berkunjung salah sebuah kedai
berhampiran sambil bertanyakan tentang keselamatan di kawasan Bandar Litat
Jaya.
Rata-rata
memberitahu pemilik kedai atau bengkel menyatakan bahawa bengkel dan kedai mereka
tidak boleh ditinggalkan begitu saja kalau disebelah malamnya sebab salah
seorang pekerja mesti tinggal dan tidur didalam kedai atau bengkel ini untuk
mengelakan kecurian barang-barang berulang lagi adapun Sekuriti tidak boleh
diharap langsung.
Walaupun
polis peronda sering meronda sekali sekali tetapi pencuri lebih pintar daripada polis tunggu polis meronda
ditempat lain disitulah pencuri mulakan
menjalankan aktiviti jenayahnya.
Sama-samalah
kita fikrkan macam mana untuk mengatasi rumah setinggan milik PATI yang
terang-terang 60 peratus tempat persembunyian para jenayah terpulanglah kepada
pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
untuk bertindak selanjutnya.
Dinafikan
pihak Imigeresen dan pihak Polis sering
melakukan serbuan mengejut tanpa
disedari oleh penduduk di beberapa kawasan perumahan setinggan ramai juga yang
kena cekup/berkas mereka yang tidak mempunyai dokomen pengenalan diri.
No comments:
Post a Comment