Monday, 9 January 2017

FST.....PAKATAN HARAPAN SABAH (DAP-PKR-AMANAH) METERAI DEKLARASI KERJASAMA UNTUK HANCURKAN BN/UMNO PADA PRU14


OLEH: JOSEPH P ANDAU (KK)
Monday January 09/2017


SELESAI sudah  pelancaran memertai perjanjian kerjasama antara tiga parti iaitu DAP-PKR dan AMANAH untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO pada PRU14 nanti.

Tiga orang pemimpin utama PAKATAN HARAPAN Sabah yang terdri daripada Pengerusi DAP Negeri Sabah Stephen Wong Tien Fatt Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti KeAdilan Rakyat (PKR)  Christina Liew dan  Pengerusi AMANAH Sabah Hj Hamzah Hj Abdullah telah menandatangani  Deklarasi Perjanjian Kerjasama PAKATAN HARAPAN Sabah itu disaksikan sendiri oleh  Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH  Mohamad Sabu.

“Dalam deklarasi itu telah menyatakan PAKATAN HARAPAN Sabah yang diterajui oleh DAP-PKR dan AMANAH   bahawa perbincangan mengenai pembahagian kerusi sama ada Kerusi DUN dan kerusi Parlimen akan diadakan masa terdekat ini.

Kata Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan deklarasi PAKATAN HARAPAN Sabah itu dimeterai  adalah menunjukkan keikhlasan DAP-PKR-dan AMANAH bekerjasama dengan erat yang bertujuan untuk menimbangkan BN-UMNO pada PRU14 nanti.

“Ini saja kaedah dengan wujudnya sefahaman dan saling kerjasama sama antara satu sama lain dapat menjamin kemenangan calon-calon PAKATAN HARAPAN Sabah untuk satu lawan satu  menentang  calon-calon BN/UMNO” tambah Wong  lagi.

Sementara Pengerusi AMANAH Sabah Hj Hamzah Abdullah berkata semoga  dengan wujudnya kerjasama  antara PKR-DAP dan AMANAH pada pilihanraya umum ke 14 nanti tiada berlaku perebutan kerusi DUN dan kerusi MP dan tiada berlakunya sabotage  antara  satu sama lain.




.

No comments:

Post a Comment