Tuesday 24 January 2017

FST….MP SANDAKAN LAWAT KE IBU PEJABAT POLIS BINCANG TENTANG TAHAP KESELAMATAN DI SANDAKAN




OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
January Tuesday   24/2017

SANDAKAN:- Tahap keselamatan di daerah Sandakan harus di  kawal dengan lebih ketat kerana terdapat kawasan tempat sarang jenayah seperti Bandar Litat Jaya.

Kawasan Bandar Litat Jaya adalah merupakan kawasan Industri sering berlakunya kecurian  harta benda milik para peniaga disekitarnya kita tidak tahu datang dari mana pencuri-pencuri itu.

Dalam kunjungan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt ke Ibu Pejabat Polis (IPD) untuk mengadakan perbincangan secara khusus dengan OCPD ACP Mohd Azhar Hamin dan mereka berbincang soal tahap keselamatan di daerah Sandakan.


Sambil itu Wong memberitahu pihak polis di belakang kawasan Bandar Litat ada perkampungan setinggan haram dimana penghuninya adalah terdiri dari Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Dalam taklimat OCPD  telah memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di daerah  Sandakan termasuk di perairan lautan persempadanan Filipina  memang terkawal rapi oleh pasukan keselamatan khususnya MARITIM jadi masyarakat tak perlu khuatir.


No comments:

Post a Comment