Monday, 23 January 2017

FST.....KEMELIIA PESAN PANDU HATI-HATI DIJALAN RAYA MEREKA YANG PULANG KE KAMPUNG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Monday January 2017/23


BERHATI-HATI.....Dijalan raya pandu cermat jiwa selamat....Kemellia

SANDAKAN:- Ramai di kalangan rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah yang akan pulang kekampung halaman masing-masing sempena cuti umum Tahun Baru Cina ini yang bakal di sambut pada 28hb Januari ini yang memandu kenderaan supaya lebih berhati-hati.

Dalam perjalanan biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dutujui jangan pandu terlalu gelojo kalau hendak memotong kenderaan lain pastikan dulu tiada kenderaan di hadapan yang bertentangan.

Dato Seri Kemellia Hassan Aktivis Masyarakat telah mengingatkan kepada semua lapisan masyarakat yang  ingin pulang ke kampung halaman masing-masing bila memandu biarlah cermat pastikan keadaan kenderaan dalam keadaan kondisi yang baik atau servis dahulu sebelum melakukan perjalanan pastikan break lampu signal semua dalam keadaan sempurna.

Kemellia berkata punca kemalangan ini adalah disebabkan memandu laju jadi jika berlaku sesuatu dijalan raya sukar untuk mengelakan maka jadilah kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Ladang Tanah Emas Telupid dimana sepasang suami isteri mati kerana tersepit dalam kereta.


Jadikan ikhtibar kemalangan yang berlaku itu ingat orang-orang yang tersayang  jangan sampai anak isteri menderita bila telah kehilangan orang yang tersayang tempat mereka bergantung hidup” nasihat Kemellia.

No comments:

Post a Comment