Monday, 16 January 2017

FST…..SHAFIE KE KUCHING HARI INI



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Isnin Januari 16/2017

PAGI ini sekitar 7:30 pagi, DS Shafie Afdal telefon saya dan menyatakan yang ia akan berangkat ke Kuching untuk ketemu/ziarah familinya arwah Datuk Patinggi Tan Sri Amar Haji Adenan bin Satem. Al fatihah!

" Arwah teman baik saya dan di parlimen kami duduk bersebelahan dan arwah peguam yang baik ketika bercakap berterus terang tidak main selindung-selindung " Kata DS Shafie dan dijelaskan kehilangan mantan Ketua Menteri Sarawak itu merupakan kehilangan yang cukup menyedihkan buat seorang DS Shafie dan seluruh rakyat Malaysia terutama Sarawakian.

Sempat DS Shafie  bertanya apakah saya sudah minum/sarapan dan katanya kesihatan kena jaga dan badan kena perhatikan kala tak sihat nanti susah untuk bergerak dan menulis sebab mata pena itu lebih dipentingkan untuk menyebar kebenaran kerana Allah katanya.

Juga ditanyanya bagaimana cuaca di Kota Kinabalu dan saya jelaskan semuanya baik dan langit di atas kepala cukup cerah dan saya katakan malam ini ada jelajah di kampung Tanjung Aru dimana saya juga dijadualkan berceramah disamping Ketua Wira Warisan dan juga YB Terrence Siambun. Insya-Allah berkat izin Allah juga.

Shafie  juga sentuh ada kenyataan seseorang konon Shafie  melantik timbalan pengarah komunikasi dan kenyataan itu tidak benar katanya.

"Saya hanya melantik Ismaily Bungsu sebagai pengarah komunikasi dan tidak ada timbalan atau pembantu pengarah" Saya tersenyum dan memang saya terbaca kenyataan seseorang semalam dan tak sangka pula ada yang menghantarnya kepada  Shafie.

Memang saya membacanya tetapi saya tidak begitu kesah sangat sebab visi saya jalan terus ke depan tanpa toleh belakang kiri kanan.

Yang berkenaan mengatakan konon saya disisihkan dan itu lagi menyebabkan saya geli hati sebab seorang  Shafie boleh dikatakan setiap hari telefon dan hubungi saya.

Memang melucukan dan kelakar sangat dan sama seperti orang menulis surat berantai menggunakan nama Ismaily Bungsu untuk adu domba Darell Leiking dan sdra Peter/Naib Presiden.

Begitulah cara mereka mengadu domba melalui grup-grup whatsapp, laman sosial lain. Memang lucu sekali dan teruk keadaan sekarang.

Disamping ISU di atas Shafie  juga menasihati semua ahli-ahli WARISAN terutama mereka yang duduki kerusi dalam parti atau yang menyelaras parti agar berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan agar tidak mengelirukan.

" Dalam mana-mana ucapan saya, saya tak pernah kata menolak kerjasama parti-parti lain dan yang saya cakapkan kita jelajah dulu, berikan kefahaman sama rakyat kesan rumah WARISAN sendiri belum lengkap kesan baru saja lahir dan soal kerjasama itu kemudian asal telus ikhlas jujur dan tidak ada niat lain selain tumbangkan BN demi rakyat Sabah " Katanya dan kata-kata itu sudah berkali-kali diucapkan sebelum ini.

Disamping itu WARISAN usaha tidak menyerang sama pembangkang sebalik lebih kepada DEFENSIVE atau membela diri, melindungi berdasarkan kebenaran dan hak-hak dan elak mencemoh hina dan kalaupun komen hendaklah sinis berhemah katanya lagi.

Demikian bicara kami pagi ini yang mungkin kesan sambungan bicara pagi kelmarin yang terputus kesan line telefon tidak mengizinkan yang kami fikirkan ada yang ngintip dan itu biasa. terlalu biasa dan itu sebab kena hati-hati  terutama menggunakan laman sosial atau sembang melalui telefon kala ada akta yang boleh mengheret tuan punya telefon bimbit ke penjara.

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment