Thursday 26 January 2017

FST…..MP SANDAKAN BINCANG MASALAH SISTEM SALIRAN KUMBAHAN TERSUMBAT DENGAN JURUTERA DAERAH JKR



OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Thursday January 26/2017

SANDAKAN:- Sistem saliran najis dan kumbahan di beberapa kawasan perumahan yang tersumbat najis dan air berbau busuk telah keluar dari cela-cela lubang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan perumahan Taman Tinosan dan perumahan one  Utama Bandar IJM.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang menerima banyak aduan daripada penduduk setempat berhubung dengan permasalahan system kumbahan itu telah membuat  tinjauan dan mendapati  memang benar saliran najis  dan sistem kumbahan tersumbat.

Atas priharian dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dan Ahli Parlimen beliau kemudian pergi ke pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menemui Jurutera Daerah Haji  Shahminan Bakar untuk mengadakan perbincangan mengenai masalah Sisten Kumbahan (Manhole) .

Dalam perbincangan antara kedua belah pihak JKR akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut agar tidak jadi rungutan sepanjang masa oleh penduduk sekitarnya yang tidak tahan dengan menghidu bau busuk menyelubungi sekeliling kawasan perumahan berhampiran.





No comments:

Post a Comment