Saturday 14 January 2017

FST.... MP BATU SAPI TINJAU JAMBATAN USANG DI KG LUPAK MELUAS LAUT

Gambar  Menunjukkan…..Linda meninjau keadaan jambatan kayu yang usang di Kampung Lupak Meluas Laut

 OLEH: RICHARD BOLONGKOS
January Saturday 14/2017


BATU SAPI:- Sebahagian daripada jambatan kayu yang usang di Kampung Lupak Meluas Laut akan dibaikpulih untuk kegunaan penduduk kampung.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin selepas beliau bersama pegawainya melakukan tinjauan di Kampung Lupak Meluas Laut baru-baru ini.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou dan pemimpin-pemimpin kampung tersebut.

Difahamkan rumah-rumah yang terletak di bahagian laut akan dirobohkan tidak lama lagi untuk pembinaan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Fasa Dua.

Penduduk terbabit  akan dipindahkan ke rumah PPR yang sudah siap dibina di kawasan situ. Kini semua pemprosesan menempatkan semula mereka sedang dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan.



No comments:

Post a Comment