Saturday 7 January 2017

FST...MPS DI SARAN SEGERA MEMOTONG RUMPUT PANJANG DI FASA 5 TAMAN MAWAR.....WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: BRYAN CHANG SHAK HUNG 
Januari Sabtu 07/2017


SANDAKAN:- Kenapa rumput panjang semak samun di depan kawasan perumahan  yang sudah panjang dibiarkan begitu saja.

Rumput panjang yang tidak dipotong  ini boleh mendatangkan pelbagai bahaya kepada penghuni di kawasan rumah berhampiran  kerana ia tempat persembunyian ular sawa ular-ular yang berbisa datang kerumah.

Sepatutnya pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengambil inisiatif untuk kerja-kerja pemotongan rumput panjang disetiap  sudut kawasan perumahan dan bukan membiarkan begitu saja bukan kah MPS telah melantik beberapa syarikat untuk mengendalikan pemotongan runput.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata demikian  ketika pihaknya banyak menerima adua-aduan daripada penduduk setempat mengenai masalah tersebut.

Wong berkata lagi adalah dikhuatiri kanak-kanak yang bermain di luar kawasan rumah pastinya mudah di patut ular berbisa seperti ular tedung-ular sendok dan  dililit ular sawa.

Kata Wong lagi kawasan perumahan yang terlibat rumput panjang ini di kawasan perumahan Taman Mawar Fasa 5 Subuga perlu segera di bersihkan sebelum para penduduk berkenaan   ditimpa pelbagai bencana dan bala.


No comments:

Post a Comment