Wednesday 25 January 2017

FST….MP SANDAKAN MENEMPELAK JKR-MPS GAGAL ATASI MASALAH SISTEM KUMBAHAN TERSUMBAT DIDUA LOKASI

  
OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
25/2017 January Wednesday

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan menempelak pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR)  kerana gagal memantau saliran kumbahan di beberapa kawasan perumahan yang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat.

Kegagalan JKR ataupun MPS menyenggelarakan  membaik pulih system  saliran kumbahan najis yang tersumbat itu amat dikesali kerana rata-rata penduduk di beberapa bangunan yang terlibat  dengan masalah tersebut  antaranya Taman Tinosan dan One Utama Bandar IJM mereka  membayar pelbagai cukai kepada kerajaan akan tetapi tidak berbaloi dengan khidmat yang diberikan tidak memuaskan para penduduk berkenaan.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt dalam tinjauannya ke dua lokasi berkenaan mendapati  system saliran najis dan saliran kumbahan tersumbat mengakibatkan najis dan air bau busuk  keluar melempah ruah dari cela-cela lubang  dan menyebabkan bau busuk telah menyelubungi kawasan perumahan tersebut.

Wong berkata lagi seharusnya pihak berkuasa tempatan lebih peka dan bertanggungjawab menjaga kebersihan dan bukannya membiarkan perkara seumpama itu berlarutan tanpa di ambil tindakan ini boleh mendatangkan pelbagai wabak penyakit kepada penduduk-penduduk kawasan perumahan berkenaan




No comments:

Post a Comment