(Jelajah WARISAN di Petagas malam 29 Januari)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Januari
Jumaat 27/2017
PENGUNDI
tentera yang dulu di Petagas, sudah
berpindah ke kawasan baru yang namanya TANJUNG DUMPIL. Keadaan itu cukup bahaya
buat seorang Yahya Hussin dan itu kenyataannya dan dijelaskan kemungkinan Yahya
Husin bakal pindah tanding di DUN Dumpil.
Bila tadi saya
hadiri mesyuarat Jelajah Warisan, yang hadir di mesyuarat itu rata-rata orang
kuat UMNO dan UPKO dan itu menambah yakinnya saya yang Petagas akan runtuh dan
siap di pangkuan WARISAN.
DUN Tanjung ARU yang
dulu pengundinya 19,993 orang kesan berpindah ke Petagas dan yang di Petagas
berpindah ke Dumpil/lebih kurang begitu kelihatannya juga bahaya buat BN.
DUN Tanjung Aru
sekarang punya pengundi sekitar 15,000 orang dan rata-ratanya pengundi
kebanyakannya di Pulau Gaya dan bila disebut Pulau Gaya maka saya terbayang
sesudah saya pidato di Numbak sekitar 3-4000 orang sertai Warisan dan borang
yang sudah diisi telah dihantar kepada YB Darell Leiking bulan lalu oleh saudara Mentoh ARU.
Jelas kawasan DUN
Tanjung Aru juga bakal melayang dan bakal berada di tangan WARISAN dan
kelihatannya 3 DUN di Sepangar/Inanam dan 3 kawasan parlimen Tanjung Aru bakal
runtuh.
Setakat ini saya tidak
dapat menduga apa bakal terjadi di DUN Dumpil kesan di sana rata-rata undinya
TENTERA yang memberikan kemenangan kepada Yahya Husin di PRU13 lalu kesan undi
Tentera.
Apakah Yahya Husin
akan berpindah ke Dumpil atau bertahan di Petagas? Rata-rata orang di Petagas
mahu terus bertahan di Petagas dan kita lihat nanti apakah Yahya Husin punya
keberanian untuk kekal di Petagas atau melarikan diri alias meninggalkan
Petagas.
Apapun, kita lihat
nanti dan jangan lupa dijadulkan ada jelajah di kampung SEKAMPUNG SEKAMBU Petagas
pada 29 Januari, 2017 jam 7:30 malam.
Yang di sekitar atau
di mana saja dipersilakan hadir sama malam berkenaan di lokasi yang disebutkan.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
No comments:
Post a Comment