Wednesday, 25 January 2017

FST…..DALAM WARISAN RAKYAT DIUTAMAKAN


0LEH: ISMAILY BUNGSU-FST
January Wednesday 25/2017

KEINGINAN menjadi calon untuk nanti bergelar yang berhormat dan kemudian duduki kerusi menteri bukanlah agenda WARISAN tetapi yang lagi penting dan harus diletak di depan ialah agenda selamatkan rakyat dan Sabah.

Kenyataan di atas berulang DS Shafie Apdal katakan dan visi ini cukup dimengerti oleh ahli-ahli  warisan dan kerana itulah barangkali setiap perhimpunan diadakan berbondon-bondong  rakyat datang untuk mendengar amanat/ucapan presiden Parti Warisan Sabah.

Soal calon, biarlah rakyat yang tentukan dan nanti rakyat akan memberikan penilaian siapa yang layak untuk menjadi wakil mereka.

" Yang lebih penting, ahli-ahli warisan kena akrapi rakyat dan kena jelaskan visi WARISAN serta selalulah mendampingi mereka dan selesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi sedaya mungkin" Katanya DS Shafie Apdal lagi.

" Sabah yang terkaya dengan sumber hasil yang melimpah sepatutnya digunakan untuk menyediakan kemudahan asas di kampung-kampung di Sabah, sebalik yang kita perhatikan Sabah yang kaya sumber alam menjadi negeri termundur sekali di Malaysia" Tambahnya lagi.

" Sabah kaya dengan balak. Hutan mereka botakkan dan balak diangkut tapi ke mana perginya hasil balak itu?" Tanya DS Shafie Apdal lagi.

Pemimpin yang ada tahunya membotakkan hutan dan mengaut hasil Sabah tetapi rakyatnya dibiar hidup dalam kemiskinan dan di luar bandar masih banyak rumah-rumah  yang belum mempunyai keperluan asas seperti api letrik, jalanraya dan air paip.

" Makanya di PRU-14 akan datang ini, rakyat kena ubah sikap. Apa saja yang BN bagi seperti tangki biru atau Br1M ambil saja itu duit rakyat meski disebalik pemberian itu ada berbilion masuk ke kantung mereka sendiri.." Jelas Presiden Parti Warisan itu lagi.

PRU14 di ambang pintu dan ahli-ahli WARISAN di daerah kena gerakkan secara lebih aktif kala masa untuk menjelaskan teramat suntuk.


No comments:

Post a Comment