Sunday, 22 January 2017

FST,,,,WONG SARAN MASYARAKAT CINA BAKAL SAMBUT TAHUN BARU SEDARHANA SAHAJA



OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Sunday January 22/2017


SANDAKAN:- Sudah menjadi kelaziman saban tahun bila menjelangnya tahun baru cina sibuk membahagi-bagikan kad tahun baru cina kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira adat resam budaya agama dan warna kulit.



Kelmarin Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt bersama rombongannya telah melawat ke pasar umum Bandar yang bertujuan menagih-agihkan kad ucapan selamat tahun baru Cina (Kong Hee Fatt Choy)  kepada semua masyarakat berbilang kaum.
  
Tahun Baru cina yang jatuh pada tanggal 28hb  Jamuari ini akan disambut secara sedarhana  sahaja oleh masyarakat cina ini memandangkan kegawatan ekonomi Negara terlalu tenat sementara harga barang-barang keperluan semakin tinggi harganya (mahal) jadi tahun baru cina disambut hanya ala kadar sahaja yang penting meriah dan gembira ketika berada di tahun baru. Kata Wong lagi.



Sambil itu Wong menasihatkan kaum masyarakat cina yang bakal menyambut perayaan tahun baru cina bila berbelanja supaya berjimat cermat  beli barang-barang yang perlu sahaja ini mengelakan dari sikap boros kerana kini harga barangan terlalu tinggi kerana setiap pembelian barangan  dikenakan GST 8 persen kalau kita berbelanja harga RM100.00 kita dikenakan membayar GST sebanyak RM8.00.00







No comments:

Post a Comment