Tuesday, 24 January 2017

FST…… KALAU NAK FITNAH, KUTUK DIPERSILAKAN?



OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Selasa January 24/2017

MAHU fitnah seorang DS Shafie Apdal  dan pemimpin lain dalam WARISAN? silakan saja dan mereka tidak akan peduli sebab fitnah kutuk dan segala macam asam garam kehidupan.

Saman? Tidak sekali. Cukup kesan fitnah mereka dapat pahala. Allah dan malaikat memerhati dan rakyat Sabah cukup mengerti akan permainan tipu daya hina kutuk aib.

Untuk menyaman tidak akan sebab mereka punya hati nurani dan mereka itu pemimpin tidak akan susahkan mereka/rakyat yang tersihir Br1M, tangki dan projek bersih parit lupa masa depan negara. saman? Tidak akan terperangkap!
Pemimpin WARISAN saya nasihati jangan peduli apa mahunya mereka lakukan untuk jatuhkan pemimpin WARISAN dan rakyat sudah mula marah dan bakal menghukum di PRU14 nanti. Kita tunggu!

Mahu cipta akaun f/book dan menyamar sebagai orang WARISAN dan kemudian diguna untuk kutuk KDM agar KDM benci WARISAN atau kutuk Cina agar cina tak sokong WARISAN, silakanlah tidak apa-apa, pemimpin WARISAN hanya senyum dan katakan " Itu biasa permainan mereka yang ketandusan ISU mahu jatuhkan WARISAN katanya YB Terrence Siambun kelmarin dan YB Junz Wong juga menghubungi saya pagi ini dan semalam YB Jaujan dan Presiden Parti.

Semakin dikutuk, semakin dihina semakin diperkecilkan dan semakin banyak bahan dicipta yang tujuannya FITNAH, mengaibkan rakyat di luar semakin meluat dan itu menyebabkan kian hari kian ramai berlarian malah berbondong-bodong ke bahtera WARISAN untuk selamatkan SABAHAN dan Sabah.

FITNAH, kutuk, aibkan dicipta banyak ISU konon KORUPSI dan ditelan makan dana Jabatan Air, tetapi hakikat sebenarnya dana berjuta di rumah siapa dan kedua pegawai bukankah lantikan Negeri dan rapat dengan kepimpinan negeri? Mereka kenyang, seorang Shafie pula mereka tuduh makan duit. Binawi!

Kesihan, rakyat tidak lagi seperti dulu mudah ditipu dan berita nyata cepat melebar di mana-mana dan rakyat yang sudah faham ketawa dan mengatakan " itu permainan dan kerja bodoh asyik fitnah semata melulu"

Rakyat Sabah tidak lagi peduli semua perkara dan yang mereka tahu hidup rakyat di kampung kian susah dan GST menjerat leher hidup famili mereka dan kehidupan tidak lagi seperti dulu dan semakin hari hidup tersekat2 kena berjimat dan akhirnya tanah tempat bercucuk tanam, lokas memburu babi, kijang, pelanduk milik orang lain dan masuk ke dalam siap kena tangkap dituduh menceroboh. kepala otak lo!

" Nanti mati tidak ada lagi tanah tempat rakyat semadi dan akhirnya macam orang india mati dibakar habuk dibuang ke sungai macam di sungai Gangga.." kata sebahagian rakyat.
Rakyat harus bangun dan jangan peduli dan demi negara bangsa cucu cicit mendatang dan yang ada sekarang, rakyat harus bangun jangan rela kena tipu dan segalanya bakal merempat di bumi sendiri.

" Kita kaya balak, kita kaya koko, ladang sawit seluas mata memandang, ada getah, ada tembaga dan ada emas hitam di perut bumi tetapi SABAHAN penerima anugerah TERMISKIN sekali di Malaysia" katanya Awang Deraman, sementara Dullie Marie mantan AJK Majlis Ekonomi Negara senyum saja mendengarkan dan Awang Ahmad Sah Sahari terbatuk-batuk sambil menatap wajah saya tanda mengerti tadi malam.

Seorang Hamdan mantan Pemuda UMNO Petagas juga menyatakan ia mereka tidaklah bijak tetapi tidaklah bodoh sangat untuk menilai dan katanya BN/UMNO mesti dikuburkan dan kita tendang dari bumi Sabah kesan memiskinkan dan menyebabkan pendidikan asas paling tersorot di Malaysia.

Bangsa Sabah harus sertai WARISAN dan WARISAN punya kepimpinan yang mampu pimpin Sabah dan Rakyat Sabah harus bangun demi masa depan anak cucu cicit semuanya.

" Kita mesti tumbangkan BN di bumi Sabah dan kerajaan persekutuan bawah BN yang rakus, tamak dan pencuri nombor satu harus disingkirkan dan kalau gagal maka siap rakyat Sabah akan menjadi pelarian di bumi sendiri" Katanya Jalin Luin ketika saya hubungi kelmarin dan saudara Kudien Bulungan juga menyatakan hal sama.

Memang tidak ada lagi cara lain, di PRU14 ini kelak bangsa Sabah harus mengundi WARISAN dan jangan sekali-kali mengundi BN yang merosakkan negara bangsa.

Hutang menggunung
khazanah dijual milik asing
rakyat diperintah membayar guna GST
pemimpin hidup bermewah
anak berbelanja macam anak tauke judi
akhir rakyat menderita
miskin papa
lagi kedana
UBAHSABAH
UBAHSABAH
UBAHSABAH

No comments:

Post a Comment