Friday, 13 January 2017

FST….RUMAH PBR YANG DIBINA DIATAS AIR MUDAH RUNTUH KKLW LEBIH BERTANGGUNGJAWAB…KATA KEMELLIA



OLEH: SHAIMON S JUMADI—FST
Jumaat Januari 13/2017

KEBANYAKANNYA  Perumahan Batuan Rakuat (PBR) yang diselia oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dibina diatas air di Sabah 78 petatus mudah runtuh menyembah bumi.

Seorang Aktivis  Masyarakat Datin Kemellia Hassan berkata ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang tersiar di laman portal Free Sandakan Today Online (FST) pada 08 Januari 2017  bertajuk: FST.......RUMAH PBR MILIK IBU TUNGGAL DI KAMPUNG LUPAK MELUAS LAUT RUNTUH MENYEMBAH BUMI.


Kata Kemellia sepatutnya pihak kementerian berkenaan mengambil ikhtibar mengenai tragedy rumah ruboh bukan sekali dua kali malahan berkali-kali dan lebih bertanggungjawab menjaga keselamatan orang yang menduduki rumah-rumah PBR tersebut,

“Saya amat menyokong kenyataan Ahli Parlimen Sandakan itu pihak kementerian yang berkenaan harus meneliti dengan lebih terperinci keatas semua projek pembinaan Perumahan Bantuan Rakyat (PBR) yang dibina diatas air sebelum meluluskan pembayaran kepada mana-mana syarikat kontraktor yang mendapat tender pembinaan rumah-rumah tersebut  dan utama keselamatan terjamin”. Kata Kemellia lagi.

Sungguh amat menyedikan  pemilik rumah adalah terdiri seorang ibu tunggal di mana rumahnya di Kampung Lupas Meluas Laut telah runtuh menyembah bumi seperti yang dilaporkan kejadian pada tanggal 5hb Januari lalu.

Tambah Kemellia mujurlah  sewaktu kejadian rumah runtuh itu  tiada meragut nyawa penghuni rumah berkenaan terkorban.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen turun padang dan telah menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa yang dikenali Norah Abdul Tani yang merupakan penghuni rumah rubuh.





No comments:

Post a Comment