Friday, 13 January 2017

FST....TAHUN 2017 50,000 ORANG BAKAL KEHILANGAN PEKERJAAN EKORAN EKONOMI NEGERA TENAT....DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Friday January 13/2017

SANDAKAN:-  Kedudukan ekonomi negara yang kian hari kian merosot  dan tenat kehidupan rakyat terus  terhimpit oleh tekanan kos sara hidup yang tinggi maka dengan itu  dijangka 50,000 orang akan dan bakal hilang kerja pada tahun 2017 ini.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt ketika merujuk petikan berita yang tersiar dimedia Malaysia Viral Story bertajuk “50,000 PEKERJA DIJANGKA HILANG KERJA 2017”

Wong berkata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) membuat jangkaan antara 45,000 hingga 50,000 orang pekerja bakal hilang pekerjaan tahun ini , khususnya mereka yang bekerja dalam sektor kewangan dan insurans.
“Setakat September tahun lalu , seramai 31,000 pekerja sudah diberhentikan dan angka itu dijangka terus meningkat” Kata Wong dalam satu kenyataan dengan wartawan Free Sandakan Today Online (FST) hari ini. 
Wong selanjutnya berkata  menurut dari sumber rasmi  Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan., risiko pemberhentian kerja juga agak tinggi dalam sektor teknologi kewangan (Fintech), teknologi insurans (Insurtech) serta pembuatan dan pembinaan berikutan kadar permintaan merosot.
Beliau meramalkan produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil sekali gus keuntungan juga merosot dan terpaksa membuang pekerja. 
“Ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi di negara pengeksport utama, termasuk negara Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun, yang mengakibatkan pasaran eksport lemah “kata Wong. 
“Dalam pasaran tempatan pula, harga barangan dan perkhidmatan akan naik menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat dan pengguna berwaspada ketika berbelanja,” katanya.
Dalam pada itu, Wong  berkata, kadar kenaikan gaji di kebanyakan syarikat juga akan lebih rendah berbanding tahun ini.
Beliau berkata, kadar kenaikan gaji bagi pekerja bukan eksekutif tahun ini  dijangka sekitar 5.43 peratus berbanding 5.51 peratus tahun lalu , manakala kadar kenaikan gaji bagi eksekutif pula dijangka 5.3 peratus tahun ini  berbanding 5.55 peratus tahun lepas. 
Katanya, keadaan itu disebabkan pendapatan dan keuntungan kebanyakan majikan dijangka mengalami penurunan antara 30 peratus dan 40 peratus. 
Beliau berkata, cabaran terbesar majikan pada tahun 2017 ini  ialah mengekalkan prestasi perniagaan dan jumlah pekerja ketika modal berniaga semakin meningkat.







No comments:

Post a Comment