Monday, 30 January 2017

FST.....SHAFIE UCAP TERIMA KASIH & TERHARU




OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
January 30/2017 Monday


SEMPAT berbicara dengan DS Shafie Apdal pagi ini dan katanya dia berterima kasih dan amat terharu perkembangan masa kini parti WARISAN Sabah.

" Sambutan dari rakyat Sabah memang di luar jangka dan penyertaan rakyat semakin ramai dan ini petanda yang baik " Katanya.

Memang benar dan jelas di seluruh daerah di Sabah, ramai yang dulu aktip dalam UMNO berbondong-bodong keluar meninggalkan UMNO menyertai WARISAN termasuk ahli SAPP, PBS, UPKO dan parti2 lain.

" Kita terima siapa saja yang mahu sertai asal ikhlas dan matlamat pertama tumbangkan BN " Kata DS Shafie Apdal lagi.

Disamping itu DS Shafie juga menjelaskan bahawa istilah berjuang tidak cukup tanpa pengorbanan dan kesan ramai ahli-ahli UMNO dan lain yang menyertai menggunakan kosep berjuang dan berkorban.

" UMNO dulu masa melawan Inggeris dan menuntut kemerdekaan beza dengan UMNO yang ada sekarang. UMNO sekarang hanya untuk keluarga, kroni, suku sakat dan rakyat biasa mereka tidak peduli " Tambahnya lagi.

Kalangan UMNO/UPKO yang sertai WARISAN rata-rata mereka bukan saja pejuang malah siap berkorban apa saja demi selamatkan Sabah dan Sabahan.

" Ada yang baru duduki setiausaha sambutan saya datang ke Petagas konon dipecat dari menduduki ahli lembaga pengarah salah satu agensi dengan serta merta dan ini kelihatanya sungguh kejam sebab menutup periuk nasi orang berkenaan. Nah, inilah yang saya maksudkan berjuang dan BERKORBAN" jelas DS Shafie Apdal lagi.

DS Shafie Apdal ketika bercakap dengan saya yang ia berterima kasih kepada semua ahli=ahli yang terus berkerja keras dan yang siap sedia dipecat atau dipinggirkan.

" Rezeki itu ada di mana-mana dan yang memberikan rezeki bukan Manusia tapi Allah dengan cara kita berusaha dan berdoa " katanya lagi dan mengharapkan yang berkenaan bersabar dan mohon saja sama Allah.

" Saya berterima kasih atas pejuangan ahli-ahli WARISAN disamping pengorbanan yang luar biasa dan hingga setakat ini saya perhatikan ahli-ahli WARISAN tidak mengharapkan apa-apa jawatan dan jauh melobi sesuatu dan mereka benar-benar ikhlas berjuang dan siap berkorban demi rakyat Sabah " Demikian ia akhiri perbincangan kami petang ini.

Esok  Shafie  sebuk dengan beberapa acara sambutan Tahun Baru Cina, malamnya pula di Petagas dan lusa ke Kg. Pantai Sipitang.

Sabah mesti kita ubah
Mesti dan mesti
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment