OLEH: SHAIMON S JUMADI
Monday January 2017/16
BATU SAPI:- Bantu
selesaikan masalah rakyat tidak semestinya diletakan di bahu pemimpin parti pemerintah sahaja baru boleh berjalan parti pembangkangpun boleh
buat kebajikan untuk kebaikan rakyat yang susah jika ada kemahuan sedikit kemampuan untuk buat amal jariah.
Begitulah
kaedah yang dijalankan oleh Parti Amanah yang diketuai oleh Timbalan
Pengerusi AMANAH Sabah Alias Haji Sani bersama-sama beberapa orang aktivis
masyarakat mengadakan gotong royong bagi
membaiki rumah milik ibu tunggal di yang dikenali sebagai Siti Mawar di Kampung
Karamuntung dalam DUN Karamunting dan Parlimen Batu Sapi.
Kata Alias rumah yang kini diduduki oleh Siti
Mawar kelihatan sudah usang jika tidak diperbaiki memang tidak boleh diduduki kerana sebahagian
gelagar-tiang dan papannya 89 peratus kebanyakannya sudah reput.
“Sebagai orang politik misi perjuangan kita
adalah untuk membantu masyarakat yang susah itulah konsep dan matlamat
perjuangan sebenar AMANAH kita tidak
perlu duduk di kedai kopi hari-hari
cakap pasal politik sedangkan masyarakat sekeliling mereka amat memerlukan
perhatian dan bantuan dari orang-orang tertenrtu” kata Alias lagi.
Selain rumah Siti dibaik
pulih tidak lupa tempat laluan dan jalan
masuk kerumahnya juga sedang dibina yang mana sebelum ini jalan tersebut amat
licin lagi-lagi dimusim hujan,
No comments:
Post a Comment