Saturday, 7 January 2017

FST...... DI SABAH SUKAR DAPAT MINYAK MASAK


( pak musa, kilangnya mana?)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Saturday January 07/2017

JOHOR jual air ke Singapura harga murah dan singapura proses jual semula ke johor harga lipat ganda itu makna pemimpin singapura geliga otak dan pemimpin kita otaknya badukang.

Pemimpin Sabah jual sebatang balak ke Jepun mungkin RM2,000 dan sampai di Jepun, mereka proses jadikan 1000 gitar fender dan satu harga RM4,000 makna RM4,000,000.00, itu makna orang jepun otaknya pintar.

Di Sabah dulu ada tembaga, dikorek dan berlori-lori dihantar keluar negera dan diproses di luar negera mungkin saja ada emas, kita tak tahu dan yang bangangnya orang kita terima kesan bala tinggal di sekitar Lohan. Kesihan orang Lohan jadi mangsa atas nama pembangunan konon. Rosak alam di sana!

Inilah orang kita, kita urang. Kemudian di Sabah kaya koko, kaya getah dan ladang seluas mata memandang tetapi kilang proses getah, koko dan sawit tak punya padahal hasil itu boleh diproses banyak faedahnya dan dengan sendirinya menampung ribuan pekerjaaan untuk Sabahan.

Getah banyak sangat kegunaannya kalau otak pemimpin tahu mengolahnya dan koko juga sama boleh dijadikan pelbagai minuman tidak perlu mengharapkan luar negara.

Ladang sawit seluas mata memandang sepanjang perjalanan utara selatan timur barat entah milik siapa dan semuanya hasil diangkut ke luar negera dan rakyat hanya melihat dengan mata berlori-lori sawit di angkut lewat depan rumah sendiri.

Cuba tanya Musa Aman, adakah di Sabah ini punya kilang hasil sawit itu diproses dijadikan minyak makan, sabun dan segala macam bahan keperluan yang asalnya sawit?

Kenapa kerajaan Sabah tidak menghantar anak bangsa kita belajar ke luar negara atau di mana-mana saja untuk nanti pulang membina kilang minyak masak bahannya dari Sawit tadi?

Apa saja yang ada dalam fikiran menteri-menteri kabinet di Sabah ini selain membotakkan hutan rimba dan kemudian balaknya dijual ke luar negara dananya masuk kantung sendiri?

Kesihan anak Sabah dan tidak hairan miskin papa kedana, rupanya Allah yang anugerahi segala sumber asli di Sabah semuanya diboloti oleh mereka yang rakus dan tamak malah hutan, pulau, lurah laut mereka jadikan milik sendiri suku sakat dan kerabat seperti bapa dato neneknya punya!

Makanya dulu Korea yang begitu miskin bawah Malaysia dan sekarang berbatu-batu meninggalkan Malaysia dan Singapura yang dulu sama sekarang jauh sangat di depan dan tidak hairan Vietnam akan meninggalkan Malaysia jauh di belakang sebab bola sepak Malaysia pernah dikalahkah oleh Vietnam yang hancur lebur kala perang dulu.

Inilah Malaysiaku yang hebat dan rakyat bakal merempat, ringgit jatuh orang lihat Malaysia macam sebuah negara yang semacam RAJA lawak dan kelakar dan kena ketawakan sebab banyak negara menolak ringgit kita dan akan sama seperti duit pisang di zaman jepun perintah tanah Melayu.
Alaihai, kesihan Malaysiaku ini


No comments:

Post a Comment