Tuesday 30 December 2014

PARA PEMILIK TANAH SUNGEI KOYA FASA 1-2 DAN 3 TOLAK TAWARAN DIURUS LUAR MAHKAMAH....KATA AISAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI


SANDAKAN:- Kes tanah di Sungei Koya Fasa 1-2 dan 3 yang membabitkan tanah seluas 6000,00 ekar yang melibatkan  210 pemilik yang berdaftar di Mahkamah kini dibongkar semula.

Daripada 210 orang pemilik tanah dibawah Skim Pekebun Kecil 10 orang lain pemiliknya telah keluar kerana mendapat tawaran bayaran pampasan diurus  diluar mahkamah  setiap orang hanya menerima  RM5,000,00 sahaja.

Tetuan Aisah Ahmad & Co yang dilantik sebagai penasihat undang-undang bagi menyelesaikan kes tanah tersebut memberitahu  kepada  media semasa sidang media petang tadi di ballroom Hotel Borneo Cops  katanya para pemilik tanah tersebut sudahpun melatik seorang peguam untuk membantu menyelesaikan kes tanah itu iaitu Tetuan Hairul Vaiyron and Osman Co.

Aisah merasa kesal dengan tindakan 10 orang pemilik itu yang telah berpaling tadah mahu menerima tawaran diluar mahkamah oleh  sebuah syarikat dengan banyaran hanya RM5.000,00 setiap pemilik tanah tersebut.

“Kita mmembuat tuntutan biar yang berpatutan  biarlah pihak hakim mahkamah yang memutuskan saya sudah meminta pihak mahkamah  mempercepatkan tarikh mediasi.” ujarnya

“Saya harap pemilik yang lain seramai 186 orang itu agar tidak akan ikut jejak 10 orang yang berpaling tadah yang hanya mahu diperbodoh-bodohkan oleh pihak-pihak tertentu hanya bayaran RM5,000.00 sahaja sudah menggalabak nampak duit sebanyak  itu” katanya
  
Katanya sebagai pemilik tanah Sungei Koya Fasa 1.2 dan3 itu harus pertahankan hak milik sendiri bIarlah lambat sedikit untuk mendapat ganjaran asalkan ianya berpatutan  setimpal dan berbaloi dengan kedudukan tanah tersebut.


Semantara komen dari salah seorang pemilik tanah iaitu  Mohsien (gambar) berkata 10 orang pemilik tanah yang keluar daripada kumpulan Aisah disifatkan sebagai orang-orang yang tidak ada maruah senang-senang dipujuk rayu oleh orang-orang yang mahu memperbodoh-bodohkan mereka dengan mudah menerima tawaran diuruskan diluar mahkamah hanya menerima pampasan cuma RM5,000.00.


“Sampai kemana RM5,000.00 tapi mereka bakal kehialngan terus tanah berpuluh-puluh ekar itu sebab sudah dibayar oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mencari keuntungan” kata Mohsin.

BERIKUT KENYATAAN PENUH PEGUAM AISAH AHMAD & CO



Tarikh       : 30/12/2014
Tempat    : VIP Room, Borneo Cove Hotel
Sidang Akhbar tertutup bersama Wakil sah atau Penasihat Undang-Undang, Puan Aisah Ahmad dan ahli-ahli (Plaintif-Plaintif ) Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun Kecil.
Wartawan  Kanan Free Sandakan Today.Net     : En Shaimon S Jumadi dan Jurugambar  : En Apek Ansukoi


Perjuangan ahli-ahli (Plaintif-Plaintif) Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun Kecil masih belum berakhir. Mereka telah berjaya membawa tuntutan mereka ke Mahkamah Tinggi Sandakan, dengan saman bertarikh 10.10.2013 yang telah menamakan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Sabah sebagai Defendan Pertama  dan Bagusmaju Berhad (No. Syarikat 143255-M) sebagai Defendan Kedua.

Peguam yang mewakili para Plaintif iaitu Tetuan Hairul Vaiyron & Co telah memaklumkan status kes ialah menunggu tarikh mediasi daripada Mahkamah Tinggi, Sandakan atas permohonan Defendan Kedua.

Di saat para Plaintif menantikan tarikh mediasi, pada 30.12.2014, Wakil sah atau Penasihat Undang-Undang para Plaintif, Puan Aisah Ahmad, dimaklumkan bahawa seramai 50 org ahli Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan telah menerima tawaran daripada pihak Bagusmaju Berhad iaitu wang berjumlah RM5,000.00 tertakluk dengan beberapa syarat. Beberapa Plaintif juga dihubungi dan dipujuk rayu untuk menerima tawaran tersebut.

Malah beberapa laporan polis telah dibuat sebelum ini kerana beberapa individu yang pada asalnya bersama-sama Plaintif telah berpaling tadah dan cuba mempengaruhi para Plaintif meninggalkan tuntutan di Mahkamah.

Penasihat Undang-Undang bercakap disesi sidang akhbar pada hari ini memberi respon bahawa akhirnya perjuangan membawa tuntutan ini ke muka pengadilan menjadi asbab rezeki kepada individu-individu yang dianggapnya sebagai "parasit" iaitu mengaut keuntungan dari usaha dan pengorbanan para Plaintif yang bersungguh-sungguh menuntut hak dan mempunyai maruah serta pendirian yang teguh.

Beliau yang mendapat kepercayaan lebih kurang 204 orang Plaintif telah menyatakan pendirian yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan perjuangan menuntut hak para Plaintif melalui Mahkamah sehingga selesai.

Ketua Plaintif, Encik Mohsen Jurop, Haji Suar dan beberapa Plaintif yang hadir menegaskan mereka tidak akan berganjak dan berharap pihak Mahkamah memberi tarikh mediasi dengan segera agar ruang mediasi dapat menyelesaikan perkara ini dengan adil dan saksama.

Salah seorang Plaintif, En Abdul Lahit juga mempersoalkan mengapa Abdullah Japar dan isterinya, Rogayah Ahmad masih tidak didakwa  malah tiada status siasatan diberikan. Abdullah Japar mendakwa bahawa dia merupakan ketua pemohon walhal tidak tersenarai sebagai pemilik tanah dan menjadi pemilik dengan melakukan penipuan tuntut waris ke atas pemilik yang masih hidup. Manakala isterinya juga melakukan jenayah yang sama. Bukti-bukti telah diberikan kepada pihak Polis tetapi tiada sebarang pendakwaan dilakukan sehingga kini.

Para Plaintif juga menyatakan kemarahan dan amat kesal dengan tindakan ahli-ahli yang berpaling tadah seperti Jamal Sinyor dan Katiff Kussoi yang disifatkan tidak berpendirian kerana keluar dari tindakan dan tidak berhenti menghubungi para Plaintif bagi tujuan meninggalkan perjuangan yang benar. Tidak terkecuali juga dalang yang mengakibatkan kerugian kepada para Plaintif iaitu Ismail Tarandan dan Abdullah Japar masih terlibat dengan urusan tawaran di atas.

Beberapa Plaintif menambah dengan menyatakan bahawa tanah yang dituntut ini telah dicerobohi oleh pihak lain dan pernah disiarkan di satu akhbar tempatan bahawa "penceroboh" mahu penyelesaian dengan situasi menang, menang malah dalam satu majlis bersama Datuk Osman Jamal, Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Saddi yang di adakan di Dewan Sri Lamag, Bukit Garam pada 18 Febuari 2013 berkenaan isu Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun Kecil salah seorang individu yang menduduki tanah tersebut telah menyatakan kebimbangan ke atas nasib mereka yang lain kerana lebih 700 lot dikawasan itu telah mereka diami sekian lama.

Jika penceroboh boleh meminta penyelesaian dan meluahkan kebimbangan, apakah wajar hak para Plaintif sebagai pemilik Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, yang sah ini dinafikan?

Para Plaintif dengan bersemangat menyatakan bahawa mereka bukan sahaja meperjuangkan hak mereka tetapi untuk generasi mereka kelak agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Mereka juga menegaskan tidak akan tunduk dengan tawaran diluar yang disifatkan amat tidak bermaruah.

Di akhir sesi, para Plaintif mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penasihat Undang-Undang dan Peguam mereka yang berdedikasi serta amanah dalam menjalankan tugas mereka sehingga ke tahap ini.  Harapan para Plaintif agar pihak berkuasa iaitu pihak Polis mengambil tindakan kepada laporan-laporan yang telah dibuat dan berharap tarikh mediasi diperolehi dengan segera.




Sunday 21 December 2014

MPS,JKR DAN JPS GAGAL TANGANI MASALAH KAWAWAN RENDAH MUDAH DILANDAH BANJIR...DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Nampak  jelas sekali Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  Jabatan Perairan dan Saliran juga Jabatan Kerja Raya (JKR)  tidak begitu memberi perhatian langsung dibeberapa kawasan rendah yang mudah dilanda banjir termasuk di kawasan Light Industry SECDO Fasa 2 Batu 3 Jalan Northen Ring.


Kebanyakkan  saluran longkang mahupun parit  tidak diselenggarakan  ini mengakibatkan bila hujan longkang-longkang berkenaan mudah dipenuhi oleh air bertakong lantas kawasan rendah mudah dilandar banjiur kilat.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  selepas menerima beberapa  aduan daripada penduduk berkenaan bergegas meninjau di kawasan SEDCO yang  telah dilanda banjir itu.

Menurut pengadu  setiap kali hujan air begitu cepat mengalir hingga masuk kedalam bengkel atau kilang-kilang berhampiran ini adalah berpunca daripada saluran parit tersumbat  maka air tersekat tidak mengalir keluar


“Setiap kali selepas menerima aduan, MPS mengarahkan pekerja untuk menggorek parit di kawasan berkenaan, tetapi tiada menelitian  dan mengkaji punca yang sebenarnya. Ini mengakibatkan masalah yang berlaku bertahun-tahun itu tidak dapat diatasi, dan menyusahkan para pengusaha” Kata Wong   

Beliau berharap pihak MSP, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta JKR dapat mengambil tindakan dengan serta-merta, menangani masalah perparitan di kawasan tersebut dengan berkesan, jangan bertangguh sehingga hujan turun dan banjir lagi, menyebabkan para pengusaha mengalami kerugian dan kesusahan.

Wong juga mengambil berat terhadap masalah kerosakan jalan di kawasan tersebut, dan menyifatkan status jalan di kawasan SEDCO tersebut seumpama tiada kerajaan yang mengurus dan menjaga.

Katanya, MPS sebagai kerajaan tempatan, harus mengingati tanggungjawabnya dan mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi masalah perparitan dan kerosakan jalan akibat takungan air.


Beliau menekankan bahawa, para pengusaha di kawasan tersebut semuanya ada membayar cukai pintu dan cukai lesen, MPS berkewajiban untuk menyelenggara dan membekalkan kemudahan asas kepada mereka. Posted by Sabah Insider.net

PROGRAM GOTONG ROYONG BOLEH ERATKAN SIRATULRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN.....JELAS PANG

OLEH: SHIAMON S JUMADI



KARAMUNTING:- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang, berkata meneruskan amalan seperti bergotong-royong tidak hanya mengeratkan silaturrahim sesama mereka malahan menjadikan tempat tinggal sentiasa bersih.

Dengan itu penduduk setempat hendaklah mempergiat aktiviti gotong-royong memandangkan kegiatan ini akan dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Menurut beliau, pemimpin setempat terutamanya wakil rakyat yang turut serta tentu akan merasa gembira dengan tahap kerjasama penduduk kerana semangat kejiranan yang dipupuk menjadi pemangkin untuk mereka bersatu padu sekali pun berbeza latar belakang.

Beliau berkata, secara tidak langsung juga negara akan mempunyai masyarakat yang kukuh disebab budaya baik seringkali menjadi amalan berterusan apatah lagi kita sedang menuju negara maju menjelang Wawasan 2020.

Katanya, agenda murni pihak kerajaan yang sentiasa menyarankan rakyat tidak melupakan kegiatan kemasyarakatan seperti bergotong-royong wajar diberikan perhatian memandangkan banyak manfaatnya apabila masyarakat giat menjalankan aktiviti tersebut.

"Salah satunya, bukan saja menjadikan kawasan tempat tinggal kita samada di perkampungan atau pun taman-taman perumahan tampak bersih sekali gus terhindar dari sebarang wabak penyakit tetapi juga kesannya kepada perpaduan.

"Ini kerana, penduduk yang rajin bergotong-royong sudah pasti membolehkan mereka dapat berkumpul sambil bekerjasama membersihkan persekitaran tempat tinggal yang sekali gus mewujudkan suasana harmoni.

"Bagi kami selaku wakil rakyat tentu gembira melihat tahap kerjasama yang baik daripada penduduk setempat. Inilah sebenarnya pendekatan kerajaan kerana kemajuan sesebuah negara banyak dibawa apabila rakyatnya saling bersatu dalam melaksanakana sesuatu aktiviti.

"Saya menyambut baik dengan usaha-usaha murni penduduk di sekitar kawasan Karamunting yang sentiasa menitikberatkan kegiatan kemasyarakatan dengan menganjurkan aktiviti gotong-royong pada hujung minggu.

"Ia memperlihatkan kerjasama di kalangan mereka yang begitu utuh dan selaku wakil rakyat tentu teruja apabila nilai-nilai murni sentiasa menjadi amalan yang secara tidak langsung memudahkan kami untuk menyalur pelbagai pembangunan untuk rakyat," jelasnya sambil meminta kegiatan bergotong-royong diperhebatkan dari semasa ke semasa.

Charles menyatakan demikian ketika ditemui pada satu program gotong-royong membersihkan persekitaran Kampung Pei Ying di Jalan Cecily dekat sini, pagi kelmarin.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Alex Loh dan kakitangan daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.44 Karamunting termasuklah penduduk di sekitar kampung tersebut. Posted by Sabah Insider.net


Friday 19 December 2014

LANGKAH ADUN PKR INANAM ROLAND CHAI KELUAR PATI DAN MENYERTAI BN DISOKONG

  OLEH: THOMAS SUNGGIUK


KOTA KINABALU”- Anwar Ibrahim adalah pakar strategi Pakatan Rakyat. Langkah Kajang tidak pernah terfikirkan oleh siapa. Kini, langkah Inanam juga merupakan satu langkah Anwar, jika benarlah sepertimana kenyataan yang dimuatnaik pada laman FB ADUN Inanam itu.

Pengumuman ADUN PKR Inanam Dr Roland Chia Ming Shen untuk mengosongkan kerusi itu melalui laman facebook pada awal hari Rabu dengan menyatakan masalah kesihatan adalah puncanya,kalau benar-benar berlaku memang salah satu strategi Anwar bagi menjawab Lapran RCI PATI Sabah yang diumumkan pada 3 Disember.

Anwar mentafsir kenyataan Pemimpin Utama DAP Lim Kit Siang, jika Laporan RCI diumumkan sebelum PRU-13, maka Sabah kini bukan lagi diperintah BN, sebaliknya oleh Pakatan Rakyat.

Dun Inanam merupakan kawasan campuran Bukan Islam, Islam dan Cina, dengan komposisi 25%-44%-31%. 

Dun Inanam terletak dalam Parlimen P171 Sepanggar, di mana penyandangnya adalah Umno yang dimenangi oleh calon UBN Datuk Jumat Idris pada PRU-13 lalu. Parlimen Sepanggar sememangnya wilayah BN.

Pada PRU-13 lalu, DUN Inanam yang diwakili PBS sejak tahun 1985, kalah kepada calon PKR Dr Roland Chia. Sementara Dun Karambunai pula masih dimenangi calon UBN.

Dun Inanam pada tahun 2013 mempunyai 24,403pengundi. Berasaskan jumlah yang turun mengundi sebanyak 19,653 (80.54%) kemungkinan pecahan yang mengundi menurut kaum adalah bumi islam-8,647, bumi bukan islam 4,913 dan kaum cina 6,093.

Keputusan PRU-13 calon BN mendapat undi 5,724, calon PKR 8,926, manakala calon SAPP 5,003 undi.

Melihat kepada jumlah pengundi islam yang mengundi dibandingkan dengan undi yang diperoleh Bn, menggambarkan bahawa pengundi islam tidak sepenuhnya menyokong Bn.

Trend pengundian bagi Dun itu pada PRU-13 bukan dicerminkan oleh komposisi kaum, melain kombinasi berbagai kaum.
 
Daripada jumlah undi, calon yang menang hanya mendapat 45.42 peratus, ertinya pemenang tidak mendapat undi popular. Calon Bn mendapat 29.13 peratus undi popular, manakala SAPP salah satu parti pembangkang mendapat 25.46 peratus undi popular.

Memandangkan Laporan RCI tidak diterima oleh kaum KDM termasuk para pemimpinnya, maka PR memanfaatkan situasi itu untuk mencipta memontum bagi memperlancar usaha mereka mendapatkan seberapa banyak kerusi di Sabah. Sabah dan Sarawak merupakan penghalang utama PR merampas Putrajaya bagi PRU yang telah dijalankan.

Jika berlaku PRK Inanam, maka ianya flatform BN terutama parti-parti komponen Bn yang berpaksi kepada KDM. Visi Do or Die mungkin akan berlaku.



"Sebaik saja saya mengosongkan kerusi DUN Inanam saya akan menyertai parti komponen sama  PBS,LDP dan UPKO keputusan saya adalah muktamat" katanya

Aduan Rakyat Bekas Pensyarah : Kolej Swasta di Federal Highway Hisap PTPTN Pelajar & Jual Sijil!

FRIDAY, December 19, 2014

BY STAFF BERITA SEMASA 


Aduan Rakyat Bekas Pensyarah : Kolej Swasta di Federal Highway Hisap PTPTN Pelajar & Jual Sijil!Kepada kerajaan Malaysia umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia tercari-cari salah satu punca berlaku lambakan kalangan anak muda yang mengangur di Malaysia?


Di sini ada jawapannya. Skim PTPTN telah membuka peluang dan ruang golongan kepada kapitalis yang tercari-cari peluang untuk menambah kekayaan walaupun dengan secara yang tidak betul apabila menjadikan kalangan anak muda yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamnya ke IPTA secagai sasaran mereka.

Sedih Berita Semasa melihat situasi dan nasib mereka apabila kolej-kolej swasta yang tumbuh bagaikan cendawan hanya mahu mengaut keuntungan semata mata tanpa memikitkan kualiti para graduan mereka. Jikalau anak-anak anda masuk sekalipun ke Kolej Profesional mara jauh lebih baik daripada kebanyakan kolej swasta yang ada di Malaysia sekarang ini seperti _______, ___________, dan banyak lagi sebenarnya yang “hisap darah pelajar”. Bersama-sama ini, Berita Semasa dedahkan aduan rakyat melibatkan bekas pensyarah kolej tersebut yang tampil membongkar apa sebenarnya yang berlaku di kolej tersebut :

Aduan Rakyat Bekas Pensyarah Kolej Swasta

Salam semua… Saya tak tahu nk mengadu dekat siapa pasal masalah yang saya dan ade beberapa rakan sekerja saya. Untuk tidak mengelirukan semua pihak, saya akan cerita dari A sampai Z++ mengenai kepincangan college yang paling bermasalah.

Lokasi Kolej

Untuk tak mengaibkan semua orang, saya rahsiakan nama kolej tersebut (walaupun dalam hati ni menangis nak bgatu). Cukup la kalau saya kata lokasinya betul-betul tepi highway persekutuan kuala Lumpur (Federal Highway).

Masalah

Saya diambil bekerja sebagai pensyarah. Jadi saya pun gembiralah. Niat nak mendidik anak bangsa. Bila saya masuk dalam tu baru saya tau betapa busuknya perangai memasing bermula dari perangai Datin (owner) kolej tu sehingga perangai management seterusnye kepada perangai lecturer lain yang buruk hati/phd.

Memanglah tak semua perangai macam tu, tapi kalau anda masuk dalam tu. Sebab seminggu sahaja saya berada di sana saya dapat lihat perangai seorang-seorang. Baru saya tahu, kenapa saya diambil bekerja disana. Tak lebih untuk mendapatkan MQA (akreditasi) kolej. Kalau sesiapa yang tak paham, maksudnye, kalau course itu tak dapat akreditasi, student yang sudah habis belajar tidak boleh graduate lah senang cerita.
Saya skipkan dahulu cerita busuk hati dean/head tu, sebab saya malas nk pepanjang cerita. Kalau buat slot Akasia sure konfem saya femes jadi watak yang dihina/budak suruhan.

Masalah HR

HR dekat kolej ni sumpah paling tak bertamadun, suka suka dia sahaja tukar SOP. Kalau anda hendak tahu, SOP akan berubah IKUT suka hati. Tetapi ini semua hasil ehsan DATIN tersebut. Kalau dalam kepala otak dia, dia nak tukar cuti… secara automatik, semua akan dapat emel perubahan SOP.

Sebab masa mula-mula saya masuk, saya under kontrak, kalau kami mahu berhenti, cukup bagi sebulan notis sahaja. TUp Tup dalam 2 minggu macam tu, datang orang HR suruh sign sahaja surat tanpa tunjuk dulu ape surat tu.. Then baru dia kasi salinan.. bile baca balik salinan, surat tu mengatakan tempoh resignation sudah berubah… ‘under contract, nak berhenti kena kasi 2 bulan notis’….
Saya sudah rasa pelik, tetapi saya terpaksa ikut je la. Dah sign dah pun.

Bebanan Kerja

Setahu saya, semua lecturer tidak dibenarkan untuk mengambil lebih dari 4 subject. Ini pun saya baru tau (sebab saya tak pernah masuk education line). Waktu saya dekat kolej tu. Saya mengajar 8 subject. Best tak.
Dengan masa nak makan nya, dengan nak solatnye. Memang terkejar2. Management tutup mate je sebb pada die, semua orang banyak keje.. Bukan setakat itu je, kami lecturer kena cari sendiri material nak mengajar/ kena photostat yang jauh/kena mengadap student yang rata-rata dari kalangan pendidikan yang rendah.

Diberhentikan Kerja

Part ni paling sedihhhh……..tragikkk….paling rasa nak bakar kolej swasta itu. Saya diberhentikan ngam-ngam selepas MQA. Gila!!!!! Sangat GILA TAK ADIL!!! TAK MASUK AKAL!!!! Kalau siapa nk tahu.. persediaan MQA ini memang teruk.

·                     Dari dokumen sampailah hari pembentangan tu.
·                     Bayangkan saya masuk-masuk sahaja dokumen terdahulu tiada.
·                     Jadi saya dengan lagi 2 lecturer kena siapkan file untuk 40 subject.
·                     Kena bukak balik kotak-kotak di stor, cari balik assignment student, exam paper, segala bentuk dokumenlah..
·                     Dah la style lecturer dahulu lain.
·                     Kami bertiga inilah yang berhempas pulas.

Apabila selepas dapat MQA tu, kami diburuk2kan oleh Dean yang tidak berhati peruk apabila tergamak mencanangkan dekat semua orang yang kami ini tak buat kerja. Yang kami ini serba serbi buruk la. Padahal semua lecturer di situ dah tau dah perangainya bagaimana. Semua buat pekak telinga.

Ada hati suruh orang panggil dia dengan panggilan Dr. kateeeenyeee… orang patut panggil die Prof. Tapi bile tanya apa journal yang dipublish?? die boleh jawab tak tau?? bahkan nak buat table dlm microsoft word pun tidak tahu…. Saya memang dah lama syak, something wrong perempuan tua ni. Mungkin dia beli je qualification die.

Culture dekat situ, semua kena kipas Datin, macam kami ini yang marhain ini, memang tidak la nak kipas2. saya pun fikir cukup hanya saya buat kerja saya. Bukannya saya gila kuasa pun. Dan itu lah yang terjadi, Dean itu tadi setiap hari canang cerita buruk dekat Datin. So Datin ini tanpa usul periksa ni.. Dia terus berhentikan saya tanpa notis. The best part is……………. KAWAN SAYA LAGI 2 ORANG PUN SEKALI KENA BERHENTI.
(fyi: dapat title datin pun sebab jadi bini ke 2 seorang Datuk)
Kami pun terpinga-pinga… malas nak argue.. angkat kaki.

Pengajaran

Pengajaran buat saya, orang MELAYU sendiri yang MAKAN Melayu. Saya sendiri rasa betapa peritnye kena. Seolah-olah kami ini cuci tahi orang. Yang saya dapat tahu, lepas kami berhenti, ade 3 orang masuk menggantikan tempat kami yang merupakan anak buah kepada dean itu tadi. Saya cakap terus terang, apa yang diorang buat langsung tak boleh diterima akal. dan saya tak boleh maaffkan sampai mati. Kawan saya tu sudah ade keluarga kena tanggung. Hangus begitu je periuk nasi. Mungkin datin tu kaya, pakai aston martin, tapi kekayaan tak mencerminkan hati budi seseorang tu.

Satu sudut saya bersyukur, Allah tutup reseki saya dekat situ supaya saya boleh tengok ade jugak orang islam yang gila mengejar harta, dunia, pangkat. Dulu dengar ingat cerita lawak sahaja. Now kene sendiri… memang baru percaya.
Untuk Ibu Bapa/Yang ingin Sambung Belajar

Sila Jauhi KOLEEEEJ ini. 

Saya cakap bukan atas dasar saya benci dan sudah kena macam2 dekat kolej ini. Tapi kerana kolej ini mengamalkan sistem ‘jual sijil’ sahaja. Sedih bila orang melayu sendiri yang makan masa depan anak-anak melayu. Jangan lah kasi sapa-sapa masuk sini sebab akademik teruk. Student saya, saya tak pernah jumpa dalam kelas, mid term tidak pernah datang, apabila meeting saya failkan budak ni (SELAYAKNYAALAH), oh management marah saya, sebab katenye STUDENT INI PTPTN, WALAU MCM MANA PUN KENA LULUSKAN SEBAB INI SUMBER DUIT KOLEJ saya rasa mcm nk hantuk kepala dekat dinding. Padan la student anggap kita lecturer macam sampah sahaja.

Kalau macam ni, dorang ni hisap duit student je.. So lagi 20 tahun, student baru akan menyesal fikir apa yang die dapat masa belajar dulu. Nothing!!.. Dapat hutang ada. Kalau nak masuk kolej private, lebih baik masuk yang ternama skit dan ada student cina. Saya bukan racist, tapi kita bole compare student ini, cara mereka belajar.
P/s: Saya dapat tahu ade lagi ramai lecturer kene berhenti, cuma lain school dari saya… harap lingkup lah suatu masa nanti.

Yang benar,
Belajar dari Pengalaman.

Berhati-hati. Apa pula kata anda? Adakah anda juga mempunyai pengalaman dan pengajaran yang boleh dikongsikan bersama?
P/S : Saranan Berita Semasa jika mana-mana yang ditindas di tempat kerja contoh boleh adukan ke kementerian dan biro pengaduan awam.


sumber : Berita Semasa
Posted by sabahkini.net 


Thursday 18 December 2014

PIHAK KPDNLL GAGAL PANTAU TONG-TONG GAS KOSONG DISELUDUP KE FILIPINA....CAPS


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Pertubuhan Perlindungan  Pengguna Sabah  (CAPS) mendesak pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya menyiasat tentang kekuranan tong/botol gas sama ada jenama Petronas dam mahupun Shell diseluruh  pelusuk daerah di negeri ini.

Timbalan Presiden CAPS merangkap Pengerusi Pertubuhan Perlindungan Pengerusi Sabah Bahagian Sandakan Hj  Ali Ahmad berkata demikian kepada media ketika mengulas sebuah berita yang tersiar diportal online Sabahkini.Net  yang beertajuk “Kekurangan Tong Gas Kerana Diseludup Ke Filipina” tarikh 18hb Disember 2014.

Ali berkata pihak CAPS sejak kebelakangan ini banyak menerima aduan daripada pengguna tentang kekurangan tong gas dua-dua jenama itu dijual dipasaran sekarang ini.

“Kalaupun ada tong gas kosong dijual hanya dikedai India sahaja dengan harga setong RM200.00 dan tong berisi pula dijual harga RM350.00” katanya.


Kata lagi agen-agen penjual gas Shell atau Petronal lebih cenderong dan  menjual tong gas kosong kepada pelanggan dari negera Filipina kerana hara setong kosong mencecah RM250.00




“Disebabkan tiada pemantauan  ketat dilkukan oleh pihak kementerian yang bekenaan maka  barang-barang di negara ini dengan mudah diseludup ke nagara jiran salah satu sebab para peniaga di sini mahu mengaut keuntungan yang lebih  besar dan sebagai contoh macam gula mereka seludup ke Filipina harga sekilo RM350.00 minyak ma harga biasa RM2.50 mereka jual kepada pengguna Filipina RM3.60 sebungkus” katanya.ujarnya.

Monday 15 December 2014

PUNCA KEKURANGAN TONG/BOTOL GAS SUKAR UNTUK MENJUAL DAPUR GAS BARU KEPADA PENGGUNA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sejak kekurangan botol/tong gas sama ada  jenama Petronas mahupun Shell  dipasaran kini amat dirasai oleh pengguna setempat.

Di daerah Sandakan  lebih 20 kedai menjual tong  gas berisi antaranya kedai Syarikat Welcome,  Chung Min Hing dan termasuk  beberapa buah kedai lagi lainnya tapi mereka tidak menjual tong gas yang berisi kepada pelanggan mereka hanya  menjual tong gas itu untuk gatian  refill sahaja (isi semula)

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai punca kekurangan tong gas shell atau  petronas  ini  adalah disebabkan tong-tong gas berkenaan kebanyakannya  dijual di negara jiran iaitu Filipina dengan harga satu tong gas kosong mencecah RM200.00 yang tong berisi pula mereka jual harga RM300.00

Kata sumber itu pelanggan masih boleh dapat tong gas kosong dengan sekali hos dan kepalanya dikedai India tetapi mereka jual setong harga RM350.00 harga itulah  yang telah ditawarkan kepada pelanggan yang berminat untuk membeli tong gas kosong.


Dalam  tinjauan  wartawan kami dikeberapa primes menjual dapor gas rata-rata peniaga itu menjelas mereka agar sukar untuk menjual dapor gas baru  sejak kekurangan tong gas yang ada dipasaran sekarang.

Tokoh Perfileman Negara, Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia



OLEH: SUHAILI SUHAIMI


PETALING JAYA:-Seniman legenda perfileman Melayu, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada Isnin pagi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi selepas menghidap masalah paru-paru atau dipanggil ‘Massive Phumonea’.

Pada 25 Novermber yang lalu Allahyarham telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Dilahirkan pada 1 Januari 1935, Allahyarham cukup terkenal menerusi filem-filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris. Antara filem Melayu terkenal lakonan Allahyarham ialah Sumpah Pontianak, Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Yatim Mustapha dan Matinya Seorang Patriot.

Allahyarham pernah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarhamah Seniwati Roseyatimah atau nama sebenarnya Rosnah Jasni pada tahun 1967. Seniwati Roseyatimah pergi meninggalkan Allahyarham terlebih dahulu pada tahun 1987 akihat penyakit barah.

Allahyarham Datuk Mustapha Maarof meninggalkan dua orang anak iaitu Azlynna, 44, dan Mohamad Rezainuddin, 39. Jenazah akan dimandikan di Sentul dan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Jalan Ampang.
Al-Fatihah.


Sunday 14 December 2014

POLIS DAN IMIGERESEN HARUS TANGKAP PENGEMIS WANITA ASING DARI CHINA BERKELIARAN DI BANDAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: MUSTAFAH MOHD HASSAN

SANDAKAN:- Sejak beberapa hari kebelakangan ini terdapat  beberapa orang wanita asing dari Chin berkeliaran di sekitar bandar Sandakan mengemis.

Mereka memakai seluar  blue jean ada macam  yang tak kena sambil menyebut perkataan “Oooo ne topho” chin ooo dan bilangan mereka yang mengemis itu bukan satu atau dua orang malahan ramai gelandangan di bandar ini.

Kenapa Jabatan Imigeresen dan pihak polis tidak bertindak untuk menangkap para pengemis wanita asing dari China dan membiarkan mereka untuk meneruskan melakukan perkara itu.


“Fenomena itu kalau dibiarkan begitu saja tanpa adanya tangkapan dibuat oleh Jabatan Imigeresen atau polis nescaya ia boleh merebak dan menular lebih ramai lagi rakyat asing khususnya dari China itu melakukan perkara sedemikan” kata Jurucakap itu.

Saturday 13 December 2014

PASAR LAMA DAERAH SANDAKAN MERUPAKAN KHAZANAH WARISAN .....LENYAP BEGITU SAJA

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
 













KERAKUSAN pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri sehingga menyebabkan bangunan Pasar Umum di daerah Sandakan yang merupakan khazanah warisan diroboh begitu saja.

Seharusnya bangunan ini dikekalkan sehingga hari ini kalaupun pihak tertentu hendak menambahkan bangunan yang lain seperti yang ada sekarang ini akan tetapi bangunan Pasar Umum lama janganlah diroboh dikekalkan.

Alang kah baiknya bangunan pasar lama  itu dinaik taraf  dijadikan pasar seni sebagai  pusat perniagaan barang-barang antik atau produk-produk diperbuat daripada anyaman atau  buluh dan rotan.


Dengan adanya pasar seni bagi menempatkan jualan produk-produk tempatan itu  sudah tentu  ini satu tarikan kepada para pelancong luar dan dalam untuk berkunjung dipasar itu.


Pasar Umum lama itu banyak membawa kenangan manis kepada masyarakat setempat khusus anak watan Sandakan  kerana bermacam-macam jenis perniagaan yang ada didalam pasar itu, selain tempat menjual sayur-sayuran,buah-buahan ikan masin itu  di bahagian bawah manakala disebelah atasnya tempat menjual pakaian,barang-barang runcit dan gerai makan minum.

Sepatutnya pihak yang berkenaan sebelum  merobohkan bangunan pasar umum itu terlebih  dahulu minta pandangan daripada orang-orang tertentu yang tahu tentang sejarah pembinaan pasar itu kerana bangunan pasar lama itu  boleh dijadikan khazanah dan warisan  turun-menurun hingga ke cucu cicit.

Dalam beberapa buah bangunan lama yang masih kekal sekarang selain bangunan pejabat Pos, masjid jamek dan bangunan Mahkamah Tinggi ini  khabarnya tak lama lagi akan diroboh.

Yang paling ketara sekali Masjid Jamek  nyaris-nyaris diroboh ini mengenai   status tanahnya pula  mujurlah ada beberapa hamba Allah yang berani menentang untuk mempertahankan  kedudukan masjid yang berusia lebih 100 tahun itu kalau tidak musnah juga seperti pasar lama.

 
Sayang sekali bangunan Pasar lama diroboh  bagi generasi baru kelahiran pada 2003 sudah pasti  tidak dapat melihat bangunan khazanah itu mereka boleh melihat daripada gambar sahaja apapun fenomena itu sudah berlaku “nasi sudah menjadi bubur” POSTED BY THE SABAH INSIDER.net