Saturday 11 March 2017

FST...WONG SIFATKAN KENYATAAN KM SABAH ANGKUH

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Saturday March 11/2017


SANDAKAN:- Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt menyelar saranan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman agar rakyat seluruh Sabah mengenang budi Wong mengutuk keras kenyataan tersebut dan sambil menyifatkan  kenyataan tersebut amat angkuh, langsung tidak mengerti demokrasi  dan konsep rakyat didahulukan.

Dalam pada itu Wong mengingatkan Musa, jangan lupa bahawa kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, wajib berkhidmat kepada rakyat, perkara seperti mengenang budi atau membalas jasa tidak patut wujud, jika kerajaan tidak baik, dan rakyat tidak berpuas hati, maka berhak untuk menukar kerajaan yang korup ini, kerana “rakyat adalah bos”!

Baru-baru ini Perdana Menteri Najib telah melawat ke Sabah dan mengumumkan pelbagai projek pembangunan, termasuk menaiktaraf lapangan terbang Sandakan, merasmikan PPR dan sebagainya, Wong berpendapat bahawa kesemua ini biasa dilihat oleh rakyat, kerana setiap kali menjelang musim pilihan raya, pemimpin BN akan menggunakan sumber kerajaan untuk menjalankan projek-projek pembangunan, untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Walaubagaimanapun, Wong berkata, rakyat tidak akan mudah tertipu,  akan janji-janji para peminpin  kerajaan BN kerana telah sedar akan taktik tipu helah kerajaan BN, rakyat jelas bahawa pentadbiran BN amat teruk, terutamanya  dalam pengurusan kewangan yang lemah, mengakibatkan rakyat hidup dalam kesusahan, oleh itu tidak kira betapa banyak projek atau “gula-gula politik” juga tidak berguna. BN langsung tidak memahami kesengsaraan rakyat, hanya bekerja semasa pilihan raya, kemudian menyuruh rakyat mengenang budi dan membalas jasa, ini menunjukkan BN langsung tidak menghormati demokrasi.

Wong mengingatkan  sekali lagi BN, jangan tunggu sehingga pilihan raya barulah datang Sabah bersiar-siar, kemudian dalam sosial media berkata betapa mementingkan Sabah. Sebaliknya, harus turun padang masuk ke kawasan kampung, meninjau betapa susah kehidupan rakyat jelata, pergi melihat kawasan pertanian dan kesusahan petani, serta memantau masalah kenaikan harga barang-barangan yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Kata Wong, 2 tahun kebelakangan ini, BN yang tidak mengenang budi, lupa akan amanat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya yang lepas, kemudiannya melaksanakan pelbagai dasar yang menindas rakyat, seperti GST, mengakibatkan inflasi; membatalkan subsidi minyak dan gula, mengakibatkan harga barang melambung tinggi; Selain itu, kenaikan harga petrol, kes-kes rasuah dan lain-lain, rakyat semakin sengsara, pemuda-pemudi amat kecewa dengan masa depan, adakah kerajaan “membalas budi”?

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata, kerajaan telah mengutip hasil cukai kira-kira RM4billion dari Sabah setahun, dan kira-kira RM1.5billion hasil cukai GST, ini merupakan wang hasil titik peluh rakyat Sabah, kerajaan wajib berkhidmat kepada Sabah, tetapi berapakah peruntukan kerajaan yang diberikan kepada Sabah dalam setahun? Mengapakah pembangunan Sabah masih mundur? Mengapakah ekonomi Sabah masih teruk?

Beliau berkata, kerajaan telah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran BN, dan berjanji akan berjuang sekuat-kuatnya, menumpaskan BN bersama dengan rakyat. Muslihat BN telah terbongkar, taktik “gula-gula politik” menjelang pilihan raya tidak lagi berkesan, rakyat mengharapkan perubahan. Reformasi harus dijalankan, untuk memberikan kehidupan dan masa hadapan yang cerah kepada rakyat.

Pertama pentadbiran kerajaan BN lemah adalah factor utama yang penglibatkan pegawai-pegawai kanan Kerjaan Negeri dan Persekutuan dalam gejala rasuah besar-besaran inilah punca sebenarnya  yang selebihnya telah diambil tindakan dan selebihnya dibiarkan beguti sahaja.

No comments:

Post a Comment