Wednesday 1 March 2017

FST.....ADUN GUM-GUM BANTU DUA MANGSA KEBAKARAN KG GARINONO BATU 25 JALAN LABUK

GAMBAR MENUNJUKKAN……Zakaria kelihatan sedang menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Garinono




0LEH:  AZMIE AZMAN-SFT
Wednesday  March 01/2017


GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris telah menyampaikan bantuan kepada mangsa dua buah rumah yang terlibat kebakaran di Kampung Garinono, Batu 25 Jalan Labuk.

Bantuan berbentuk barangan keperluan dapur itu diberikan bagi mengurangkan beban keluarga mangsa disamping melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat yang ditimpa musibah.                 
Menurut Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , pelbagai bantuan lagi akan disalurkan kepada mangsa antaranya mencadangkan agar mangsa masing-masing diberikan sebuah rumah PPR di Gum Gum, Batu 16 Jalan Labuk.
          
Pihaknya juga akan menilai semula keperluan bagi membina semula rumah berkenaaan melalui Projek Bantuan Rumah (PBR).         
"Sebuah balai bomba perlu diwujudkan di kawasan berhampiran ekoran kejadian kebakaran yang sering berlaku di kawasan ini," kata beliau kepada media ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran pada petang Rabu.
          
Menurut Zakaria, beliau telah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mempertimbangkan perkara itu memandangkan jarak Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan yang agak jauh.
          
Zakaria juga mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga keselamatan rumah masing-masing bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran berulang.
          
Kejadian pada Isnin kira-kira pukul 12 tengahari itu mengakibatkan mangsa tinggal sehelai sepinggang rumah selepas rumah didiami mereka musnah sepenuhnya.

Mangsa kini tinggal sementara di balai raya kampung berkenaan.
          
Sementara itu, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Sandakan, Kasrin Atchil berkata, pihaknya juga menyalurkan pelbagai bantuan kepada mangsa antaranya bantuan makanan, barangan dapur dan peralatan gantian rumah termasuk zink dan papan lapis yang bernilai RM 2,000 untuk setiap ketua isi rumah.




No comments:

Post a Comment