Wednesday, 2 July 2014

MPS KENAPA TIDAK MAHU POTONG RUMPUT PANJANG DI BERHENTIAN BAS BATU 12 APA MASALAHNYA?



Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: CHANG TIAN LOI


LIBARAN:- Kurangnya perhatian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR) tentang kemudahan-kemudahan awam di satu-satu tempat amat mengecewakan penduduk masyarakat setempat.
  
Terbukti di mana sebuah perhentian Bas (Bas Stop) dijalan  menuju masuk ke Rancangan Sungei Manila terbiar begitu saja sekian lama tanpa adanya pihak-pihak berwajib yang mahu memotong rumput yang panjang itu.

TERBIAR BEGITU SAHAJA......Sudah hampir  dua tahun rumput panjang tidak pernah dipotong oleh pihak MPS macam mana orang ramai mahu tunggu bas   sarang ular Sawah

Sudahlah begitu berhampiran dengan perhentian bas tersebut diletakan tempat pembuangan sampah ini jelas bau busuk  telah  mengganggu kepada orang ramai yang   sedang menunggu bas .

Semoga dengan tersiarnya berita ini pihak-pihak yang berkaitan dapat mengambil daya inisiatif  untuk mengambil tindakan drastik menyelesaikan perkara yang dimaksudkan

No comments:

Post a Comment