Sunday, 20 July 2014

GANDAKAN AMAL IBADAH DISEPANJANG BULAN RAMADAN BANYAK GANJARAN DAN PAHALA DARIPADA ALLAH SWT....KATA SADDI

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


SUKAU:-  Golongan warga emas mahupun golongan kurang berada  termasuk balu-balu (ibu tunggal) dan anak-anak yatim terus mendapat perhatian oleh para pemimpin kerajaan BN inilah hakikat sebenarnya sesiapapun tidak dapat menafikannya.


Tambahan pula dimusim bulan bantuan disalurkan oleh badan-badan amal  kepada golongan tersebut ini untuk meringan sedikit beban yang ditanggung oleh golongan itu terutamanya yang bakal menyambut hari lebaran yang semakin hampir.

Dalam bulan Ramadan Al-mubaraq  yang keberkatan ini Islam bukan saja disuruh berpuasa  untuk  sekadar menahan hawa nafsu makan dan minum bahkan penahan segala  melakukan perbuatan mungkar, apa yang penting banyakanlah beribadah selain berpuasa solat taraweh, bersedekah, berzakat dan berftira ia merpakan satu amal ibadah yang dituntut oleh Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata demikian ketika memberi sedikit ucapan dimajlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat di Kampung Perpaduan  Batu Putih Kinabatangan kelmarin.

Katanya  melakukan amal  ibadah dibulan Ramadan banyak pahala dan ganjaran  yang kita dapat daripada Allah SWT jadi jangan sia-siakan  bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini  dan bulan Ramadan ia bukan saja bulan kelaparan namun sebaliknya bulan rezeki apa tidaknya warga emas, anak-anak yatim, OKU balu-balu dan golongan miskin tegar  sentiasa mendapat rezeki  tidak putus-putus disepanang bulan Ramadan yang mulia ini.
 
“Selain itu kata Saddi bulan Ramadan juga sehingga menjelangnya Syawal ia merupakan bulan perpaduan kerana setiap program berbuka puasa bersama rakyat tetamunya bukan sahaja masyarakat Islam bahkan lain-lain bangsa yang bukan beragama Islam turut hadir sebagai tetamu kehormat dan begitu juga majlis  ruma-rumah  terbuka raya khas untuk semua kaum:ujarnya
  

Dalam pada itu Saddi telah menghulurkan  beberapa bantuan  dan zakat kepada ASNAF  yang dilangsungkan di kediamannya kemudian beliau bersama-sama penduduk mengerjakan solat teraweh.



No comments:

Post a Comment