Saturday 12 July 2014

MAT SABU DAKWA TIGA NGO PERKASA,ISMA DAN PERMAS TAJAAN BARISAN NASIONAL

Written by Admin


OLEH: AZMI AZMAN


SANDAKAN:- PERKASA,ISMA DAN PERMAS diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN)  yang merupakan badan NGO berkonsepkan penyampaian mesej  bentuk hasutan yang bertujuan bagi memecahbelahkan perpaduan  masyarakat pelbagai kaum  di Malaysia  telah dikecam  habis-habisan oleh 80 peratus kaum yang ada di negara ini.

Tuduhan yang sering dilemparkan dan disalah tafsirkan oleh PERKASA,ISMA DAN PERMAS  mengaitkan bahawa DAP kononnya telah memperalatkan Parti Islam (PAS) untuk kepentingan parti Pakatan  Rakyat dan juga   menghasut rakyat sekiranya DAP menang dalam pilihanraya golongan cina akan memerintah negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Haji Mohd Sabu  ketika berucap merasmikan Majlis Muktamar PAS Zon Sandakan di Ballroom Pavilion Hotel dekat ini pagi tadi.

Kata Mat Sabu lagi isu yang sering dikeluarkan oleh PERKASA ISMA dan PERMAS berbentuk hasutan perkauman sentiment agama yang boleh mencetuskan huru hara  dan menimbulkan pergaduhan kaum tetapi pihak kerajaan mahupun pihak polis langsung tiada mengambil sebarang tindakan ini jelas bahawa tiga NGO itu adalah di taja oleh BN.

“Saya berterus terang kalau dulu parti PAS dicap sebagai parti  ekstrim  parti hanya mementingkan Islam saja tetapi pada hari ini PAS telah diterima oleh semua rakyat sebagai contoh dan terbukti pada pilihanraya umum ke13 (PRU-13) calon PAS Batu Sapi Hj Hamzah Hj Abdullah telah mendapat undi sebanyak 9,300 ini undi datangnya 70 peratus adalah daripada masyarakat cina, ini bermakna  golongan cina sudah menerima PAS sebagai parti alternatif dalam Pakatan Rakyat.

Begitu juga kalau dahulu parti DAP digelar parti untuk Cina sahaja  tetapi pada hari ini DAP semakin diterima  oleh rakyat berbilang bangsa dan merupakan sebuah parti berbilang kaum dan mempunyai tiga wakil rakyat terdiri daripada orang Melayu dan buktinya juga pada pilihan kecil di Teluk Intan baru-baru ini  di mana seorang wanita Melayu iaitu Dyana Sofea Daud telah diberikan peluang menjadi calon di kawasan itu ini bermakna  DAP tidak anti Melayu adakah parti-parti komponen BN seperti Gerakan MCA, MIC dan LDP memberi  peluang kepada orang Melayu untuk jadi calon mewakili parti mereka sudah tentu tidak ” tegas Mat Sabu.
  
Tambah Mat Sabh sebenarnya kerajaan BN mentadbir negara mahupun negeri terlalu lembab banyak perkara-perkasa songsang telah berlaku seperti pencerobohan di Lahad Datu, Kehilangan pewasat MH370 sehingga kini belum ditemui dan kes-kes penculikan  di perairan Sabah semankin meningkat wujudnya militant mana sudah ESSCOM.

Dalam pada itu Mat Sabu menasihatkan kepada ahli-ahli PAKATAN RAKYAT agar dapat  menepis  segala sentiment perkauman yang  dibangkitkan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN)

Turut hadir pada majis tersebut ialah Yang DiPertua PAS Batu Sapi Hj Hamzah Abdullah dan Ahli Parlimen Sandakan merangkap Pengerusi Perhubungan DAP Sandakan Stephen Wong Tian Fatt.






No comments:

Post a Comment