Written by Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-  Bersempena bulan Ramadan
Al-Mubaraq  Ahli Parlimen Sandakan (DAP)
Stephen Wong Tian Fatt bergabung 
tenaga  dengan tiga orang manta
calon DUN Elopura George Giew, DUN Tg Papat Frankie Poon dan DUN Karamunting
Calvin Chong  mengadakan majlis Berbuka
Puasa  bersama-sama penduduk Flat LPPB
Sri Taman  di salah sebuah restoran
petang tadi.
Dalam ucapan ringkas Wong antara lain
menjelaskan kepada penduduk-penduduk berkenaan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih
oleh rakyat berbilang kaum pada PRU 13 lalu walaupun DAP merupakan parti
pembangkang namun mempunyai tanggunjawab yang besar dalam membantu rakyat yang
menghadapi sebarang masalah untuk diajukan kepada pihak-pihak yang berwajib
 “Inilah tujuan kita mengadakan majlis Berbuka
Puasa dengan masyarakat  Islam dan
penduduk-penduduk setempat lainnya  di
sini  adalah untuk mewujudkan hubungan
baik antara  satu sama yang lain tidak
kira mereka itu siapa” katanya.
Selanjutnya Wong mengucapkan selamat berbuasa
dan selamat menyambut hari raya semoga penduduk-penduduk di Flat Sri Taman ini
terus hidup dalam keadaan aman dan bersatu.
Sambil itu Wong menasihatkan kepada
golongan yang kurang berada yang bakal menyambut hari raya agar berbelanja lebih
berhemah dan sedarhana memandangkan harga barang-barang keperluan kini
melambung tinggi belilah barang-barang yang perlu sahaja.
Sementara beberapa orang penduduk
flat berkenaan mengucapkan terima kasih kepada 
Wong dan 3 rakan lainnya kerana begitu prihatin terhadap rakyat inilah
salah satu Ahli Parlimen yang benar-benar berjiwa rakyat   walaupun dipihak pembangkang tetapi tidak
pernah merasa jemu untuk membantu rakyat yang menghadapi pelbagai masalah.
No comments:
Post a Comment