By Admin
KUALA LUMPUR:-
Gara-gara mahu cepat jadi jutawan akhirnya seorang pegawai Imigresen antara
yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dan
pemalsuan dokumen permit kerja warga asing membabitkan kerugian RM3 juta.
Timbalan Pengarah
(Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk
Abdul Jalil Hassan berkata dalam Ops Levi di sekitar Lembah Klang semalam,
suspek berusia 34 tahun, yang beralamat di Seri Kembangan telah menghilangkan
diri.
Turut diburu,
seorang individu awam berusia 39 tahun
"Dalam operasi
semalam, kami berjaya menahan lapan lelaki warga tempatan, dua wanita warga
Thailand, seorang warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap, berusia
lingkungan 28 hingga 56 tahun.
"Antara barang
yang dirampas ialah lapan unit telefon bimbit, dua unit komputer riba, 223 buku
pasport dan wang tunai," kata Abdul Jalil kepada pemberita di sini, pada
Isnin.
Abdul Jalil berkata
sindiket menggunakan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan bagi
menguruskan permit pekerja asing kepada syarikat-syarikat di sekitar Lembah
Klang, Perak, Johor dan Pahang.
Katanya, sindiket
yang beroperasi sejak setahun lalu bertindak sebagai 'runner' itu telah
memperdaya syarikat-syarikat berkenaan setelah menerima bayaran sebelum
mengeluarkan
Bagaimanapun,
beliau berkata, syarikat-syarikat terbabit hanya menyedari dokumen yang
dikemukakan palsu setelah pembayaran levi dibuat bagi tujuan memperbaharui
permit pekerja mereka di Jabatan Imigresen.
Sejak hujung tahun
lepas hingga semalam, sebanyak lapan laporan polis telah dibuat oleh individu
dan syarikat yang menjadi mangsa penipuan ini dengan nilai kerugian dianggarkan
RM3 juta. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu,
polis menasihati syarikat yang ingin menguruskan permit pekerja asing mereka,
menggunakan perkhidmatan sah di Jabatan Imigresen bagi mengelakkan penipuan.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment