Saturday 12 July 2014

GURU YANG MEMBALING KASUT MURID TAHUN DUA AKAN DIPINDAHKAN KE PENGSIANGAN LONG PASIA SABAH

 Written byv Admin

OLEH KAMARUL ZAMAN SUFFIAN


PUTRJAYA:- Tindakan seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan yang didakwa membaling kasut kepada seorang murid tahun dua tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini perbuatan guru tersebut  benar-benar telah mencemarkan nama  baik kesucian agama  Islam  kerana berpuasa tidak ikhlas perangai macam orang tidak waras  dan memalukan prefesyen perguruan dan menjatuhkan emej Kementerian  Pendidikan”kata Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan (gambar).

Katanya beliau sangat terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku dan guru terbabit dipindahkan ke sekolah lain.
"Kementerian tidak akan membiarkan kelakuan seperti itu. Kami tidak memandang perkara ini secara ringan. Jabatan Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah akan melakukan siasatan dan akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib. Jawatankuasa tatatertib akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Semalam, seorang murid perempuan berusia lapan tahun menerima tiga jahitan di dahi kanannya selepas terkena kasut yang dikatakan dibaling guru lelaki itu yang sedang mengajar di dalam kelasnya.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, murid itu sedang bermain di dalam kelas bersama dua lagi rakannya sehingga membuatkan guru lelaki terbabit hilang sabar dan membaling kasut dan terkena dahi murid berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Kamalanathan berkata kementerian mengenakan tindakan awal terhadap seorang guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Mentakab, Temerloh, Pahang yang menengking murid dan guru besar.
Beliau berkata guru terbabit dikeluarkan dari sekolah itu dan kini ditempatkan di "pool" bahagian pentadbiran sementara menunggu laporan siasatan
"Kami akan menunggu laporan dari siasatan yang dijalankan sebelum turut merujuk guru terbabit ke jawatankuasa tatatertib," katanya.
Video perbuatan guru itu yang tersebar di laman YouTube sejak 6 Julai lepas, menjadi perhatian ramai terutama pengguna laman sosial yang memberi pelbagai reaksi terhadap kes itu
Katanya  guru yang terbabit  itu akan dipindahkan  di kawasan pedalamam  di Sabah khususnya di PEngsiangan Long Pasia masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment