Friday, 11 July 2014

LAPOR POLIS PEGAWAI KANAN DIDAKWA AMBIL WANG RM4.8 JUTA

Written By Admin
 OLEH: ROBERT C.Y YAPP
KOTA KINABALU: Berikutan kehilangan wang berjumlah RM4.8 juta hasil daripada jualan tanah kini telah menimbulkan kontraversi dan kekecohan dan  Dewan Perniagaan Bersatu Cina (SUCCC) Sabah  digesa untuk membuat  laporan polis mengenai kehilangan wang berjumlah sebanyak itu.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Michael Lui  berkata, memandangkan jumlah yang terbabit adalah besar, SUCCC patut segera membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.
“Ini penting bagi memastikan ketelusan penuh dalam mencari kebenaran di sebalik kontroversi ini. Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kita perlu telus dalam semua urusan kerana jika tidak, kita akan dipandang hina oleh masyarakat. Masyarakat juga akan hilang keyakinan kepada kita,” tegas Lui.
Beliau menjawab pendedahan yang dibuat oleh Presiden SUCCC, Gan Sau Wah  Isnin lalu, yang  mendakwa beberapa pegawai kanannya mengambil wang hasil jualan dua bidang tanah kepada Veetar Kinabalu Plantations Sdn Bhd (VKPSB).
VKPSB adalah syarikat yang menyediakan  dana serta pengurusan tanah pada tahun 1997 selepas pemeteraian perjanjian usahasama  untuk membangunkan kawasan tersebut. 
Tanah itu membabitkan kawasan seluas 100,000  ekar Unit Pengurusan Hutan (FMU) dan 8,000 ekar  tanah pertanian yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada Dewan pada tahun 1997.
Ada satu resolusi yang diluluskan dalam Mesyuarat  Agung Tahunan pada 2013 yang menggesa Dewan untuk melanjutkan perjanjian kontroversi itu  dengan VKPSB.


No comments:

Post a Comment