Monday 21 July 2014

SATU KESALAHAN MENYEBARKAN KHABAR-KHABAR ANGIN KEPADA ORANG RAMAI.......KATA AU

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah  menasihatkan orang ramai supaya jangan gusar, rasa takut dan bimbang mengenai situasi di negeri ini  khususnya di daerah Sandakan oleh khabar-khabar angin yang tidak sahih yang dilemparkan  oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab itu.

Kata Au adalah menjadi satu kesalahan bila mana orang yang suka menyebarkan khabar-khabar angin yang sengaja menakut-nakutkan orang ramai ini boleh menjejaskan mata pencarian seharian.

“Kita yakin pasukan keselamatan seperti Tentera dan Polis mereka yang membuat  kawalan  rapi dipersisiran pantai cukup tangkas jadi  rakyat tak perlu bimbang kerana  pihak kerajaan kini telah menempatkan bala tentera dan polis beratus-ratus orang” katanya.

Datuk Au Kam Wah berkata demikian  dalam ucapannya dimajlis perjumpaan dengan ahli-ahli Cawangan Parti Gerakan petang tadi di pejabatnya.
  
Au berkata mengenai perintah berkurung yang telah diiyistiharkan oleh kerajaan khususnya polis negeri  ini memang benar tetepi hanya dikawasan persisiran pantai  sahaja dari Sandakan hingga ke jeti Tawau.

Bercakap mengenai rumah  PPR Taman Mesra yang bakal dijual beli kepada penduduk pihak kerajaan sedang mengkaji sedalam-dalamnya dan mempastikan bahawa penduduk-peduduk yang telah mendiami rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra benar-benar orang tempatan.

Katanya lagi menurut laporan bahawa  ramai  orang luar telah menyewa di PPR Taman Mesra inilah masalahnya untuk membantutkan usaha dan urusan  pihak kerajaan  untuk  membawa perkara ini ketengah.

“Perlu juga saya jelaskan mengenai kedudukan projek perumahan di Kampung Cahaya Baru yang kini sedang dalam pembinaan yang mempunyai 1000 unit bukanlah rumah PPR seperti Taman Mesra. 

Projek  perumahan tersebut dibangunkan  adalah usaha sama antara pihak pemaju dengan pihak Majlis Perbandaran  Sandakan (MPS) ia akan dijual  sewa beli (hire purchase) kepada orang ramai bila mana kedua-dua pihak telah menandatangi  MOU mengenai kedudukan rumah tersebut.


Selanjutnya bagi parti GERAKAN mengucapkan selamat berbuasa dan selamat menyambut Hara Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin




No comments:

Post a Comment