Thursday, 31 July 2014

JALAN BATU 2 JALAN APAS DILANDA BANJIR KILAT SEDALAM 3 KAKI

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: JENNY JOHN


TAWAU:- Kurangnya bertanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menyenggelarakan kerja-kerja pembersihan system perparitan dan longkang-longkang dipersekitaran kawasan  perumahan dan di tepi-tepi jalan raya adalah punca utama berlakunya banjir kilat.

Malam tadi akibat hujan lebat turun mencurah-curah di beberapa kawasan termasuk Jalan Batu 2  Jalan Apas tidak sampai 2 jam beberapa kawasan rendah telah ditenggelami air sedalam 2 hingga 3 kaki.


BUKTI BANJIR KILAT...Inilah insiden yang menimpa Batu 2 Jalan Apas yang dilanda banjir kilat.



Beberapa orang penduduk yang ditemui menyatakan ini semuanya akibat daripada kegagalan pihak MPT yang tidak begitu mengambil perhatian serius mengenai suasana persekitaran keliling kawasan perumahan inilah jadinya  bila hujan saja tidak sampai dua jam beberapa kawasan rendah begitu mudah dilandah banjir kilat kerana system saliran perparitan kebanyakan yang tersumbat namun tidak pernah disenggelarakan.


No comments:

Post a Comment