Monday 7 July 2014

PERPADUAN ANAK NEGERI SABAH (PAN) MAHU SELESAIKAN ISU KALIMAH ALLAH

Writen by Admin

KOTA KINABALU: Ekoran perkembangan terbaru isu Allah, Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) akan mengadakan satu perhimpunan untuk mengemas kini dan memaklumkan kepada Orang Asal Kristian maklumat mengenai isu kontroversi itu.
Pengerusi PAN, Pastor Ester Golingi berkata mereka mahu memberi mesej jelas bahawa Perlembagaan memberi jaminan, bahawa walaupun Islam adalah agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
“Namun, sejak tahun 1981, kerajaan persekutuan menjadikan ia satu jenayah bagi kita untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai nama Tuhan dalam Bahasa Malaysia dan mula merampas buku-buku kita,” katanya.
Katanya, PAN juga mahu menyampaikan maklumat bahawa orang-orang asal Kristian yang terdiri lebih daripada dua pertiga masyarakat Kristian di Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa mereka.
“Tetapi tiba-tiba para Islamis dan jihadis mahu melaksanakan syariah dan kehendak mereka ke atas kita. Mesej kita adalah – tidak dan kita dikhianati oleh Putrajaya,” katanya.
Beliau menambah bahawa sasaran utama mereka untuk perhimpunan itu nanti adalah mengumpulkan “anak negeri” yang bermaksud penduduk yang lahir di negeri ini yang merupakan penduduk “Bumiputera asli”.
Menurut Golingi, PAN akan menyampaikan mesej bahawa PAN juga seharusnya mendapat perlindungan dan keistimewaan yang sama dengan orang Melayu di bawah Artikel 153.


“Jadi tolong jangan buli kami atau layan kami sebagai penduduk kelas kedua,” tambahnya.
Beliau menuduh Putrajaya bersikap tidak adil dalam isu Allah di mana ketika ia memberi jaminan bahawa Orang Asal Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan kalimah Allah, pihak berkuasa Islam yang lain bertindak sebaliknya. PAN melihat baru-baru ini keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai pengharaman sepenuhnya keatas penggunaan kalimah Allah.
Pergerakan itu menggunakan “mamangkis” yang merupakan laungan perang lama.
PAN yang ditubuhkan pada akhir tahun lalu, mengadakan perhimpunan sulungnya di Penampang selepas Krismas tahun lalu, kemudian di Ranau pada bulan Januari dan yang ketiga di Nabawan pada bulan Februari.
Pergerakan itu menggunakan “mamangkis” yang merupakan laungan perang lama Kadazandusun yang diamalkan nenek moyang pagan mereka untuk menghimpunkan pahlawan untuk berperang. PAN menerima pakainya sebagai laungan untuk kebangkitan Kristian.
Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun menafikan permohonan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Menteri Dalam Negeri bertindak tanpa mengikut perlembagaan terhadap Herald, akhbar mingguan Katolik.


No comments:

Post a Comment