Thursday, 10 July 2014

15 JULAI INI TANGGAL KERAMAT PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN DAPAT RM500.00 WANG RAYA

Written by Admin



SOROTAN DARI KACAMATA EDITOR FST  SAIMON S JUMADI







SANDAKAN:- Tanggal 15 Julai 2014 adalah merupakan tarikh keramat bagi pegawai dan kakitangan  Kerajaan Persekutuan mahupun negeri kerana mendapat bantuan wang Raya sebanyak RM500.00 sama ada berjawatan tinggi mahupun sebaliknya sama rata

Perdana Menteri sendiri yang mengumumkan perkara tersebut bantuan  RM500.00 itu menggantikan bonus raya, sementara kerajaan Selangor pula kakitangan kerajaan negeri itu diberikan  bonus untuk gaji sebulan.

SIBUK.....Kelihatan orang ramai yang bakal menyambut hari Lebaran kelihatan sibuk membeli barang-barang keperluan raya







Bagi pegawai dan kakitangan  kerajaan persekutuan dan negeri yang menerima bantuan kewangan RM500.00 agak bernafas sedikit untuk menyambut hari lebaran yang semakin hampir berbanding pekerja dengan syarikat yang tidak menjanjikan apa-apa kepada pengurus,pegawai,keranI dan pekerja yang lainnya  ini mengikut kemampunan sesebuah syarikat tersebut.

Dalam tinjauan wartawan Free Sandakan Today.Net PAGI TADI dibeberapa  gedung pusat pasaraya seperti Genting  Mas Mall. Milimewah, Thai Chung, Giant, Survey Shop and Save dan TKS Supermarket termasuk One Stop kelihatan agak sibuk tetapi tak seberapa berbanding ditahun lepas tiga minggu lagi mahu menyambut hari di mana-mana pusat-pusat membeli belah sibuk dengan lautan manusia.


Mungkin ini ekoran kenaikan harga barang yang mendadak jadi masyarakat yang bakal menyambut bagi orang-orang yang berkemapuan (kelangmerat)  mereka tidak menghiraukan murah kah mahalkan bagi mereka sama saj, namiun bagi golongan berpendapatan sedarhana dan golongan kurang berada apa lagi mereka yang bergelar miskin tegar sudah tentu dimasa musim menyambut hari lebaran ini hanya menyambut ala kadar saja.

Tidak dinafikan para peniaga musim bakal menjelang hari raya ramai yang akan mengambil kesempatan menaikan harga jualan mereka hingga ke 70 peratus kalau harga sebelum Ramadan biasanya RM5.00 kini telah dinaikan hingg RM9.00 bermakna mereka mendapat keuntungan mencecah 60 peratus.

Namun pihak Kementerian Perdagangan   Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) terus melakukan pemantauan dari masa kesemasa  terhadap premis-premis  dipersekitaran Bandar dan kawasan-kawasan tertentu kerana ramai pengguna yang membuat aduan bahawa  kedai-kedai mereka sering menaikan harga barangan jualan mereka melunjak hingga ketahap diluar kemampuan pembeli.

Kalau digedung-gedung pusat membelibelah mereka jarang mendapat kompaun daripada pihak kementerian berkenaan sebab mereka meletakan harga yang standard.










No comments:

Post a Comment