Thursday, 10 July 2014

DENGAN KELEBIHAN UNDI 3,389 UNDI AZMIN ALI LAYAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR

Written by Admin

OLEH:  RAMASAMY  NAKARUNAKARAN


PETALING JAYA:-  Ramai ahli-ahli Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS,DAP dan PKR mahukan Azmi Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selewat-lewatnya Oktober ini

Ini berikutan keputusan pemilihan PKR 2014 bagi jawatan Timbalan Presiden PKR masih didahului oleh Azmin Ali yang memperoleh undian sebanyak 21,006 undi.
Beliau mendahului pencabarnya Tan Sri Khalid Ibrahim yang berada di tangga kedua yang memperolehi 17,608 undi. Manakala Saifuddin Nasution di tangga ke tiga dengan 9,944 undi.
Keputusan akan dikeluarkan melalui laman web parti tersebut yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, satu keputusan yang barangkali mengejutkan dalam pemilihan PKR 2014 kali ini adalah apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden telah tersingkir daripada empat pencalonan teratas.
Pemilihan PKR kali ini merupakan kali pertama bagi Rafizi bertanding merebut kerusi tersebut.
Beliau yang juga merupakan Pengarah Strategi PKR hanya memperoleh 17,461 undi di belakang  Dr. Xavier Jayakumar yang berjaya mengutip sebanyak 17,587 undi.

Pada permulaan pengiraan undi yang dilakukan sejak dua bulan lalu, beliau (Rafizi Ramli) berada di tangga kedua.
Sementara itu, pungutan undian tertinggi bagi jawatan Naib Presiden berjaya dimenangi oleh Nurul Izzah dengan jumlah undian sebanyak  27,031.
Tian Chua yang memperoleh 20,480 undi berada di tempat kedua sementara Shamsul Iskandar di tempat ketiga dengan undian sebanyak 18,777.

Dengan kemenangan besar yang dicapai oleh Azmin lantaran semua ahli-ahli Pakatan Rakyat telah sebulat suara bersetuju melantik Azmin Ali untuk menjawat-jawatan Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Datukn Khlalid Ibrahim yang dikatakan sudah tidak relevan dalam menjalankan pentadbiran kerajaan Selangor.
Sementara DAP PKR dan PAS  Sabah sama juga menyokong penuh sekiranya Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada Oktober ini” kata sumber itu lagi


Kata sumber itu  lagi dengan kelebihan 3,398 undi Azmin Ali terus mendahului dua pencabar terdekatnya bagi jawatan Timbalan Presiden PKR maka Azmin Ali wajar jadi Menteri Besar Selangor

No comments:

Post a Comment