Monday, 7 July 2014

UNTUK MEMBESARKAN TIGA ORANG ANAK MARTINA IBU TUNGGAL TERPAKSA BANTING TULANG

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


TANJUNG PAPAT:- Seorang balu (Ibu Tunggal) yang telah ditinggalkan suaminya untuk selama-lamanya  (meninggal dunia) tahun ini terpaksa berhari raya dengan tiga beranak.

Martina WG Martin 32 tinggal dikampung Sim-Sim lorong Jambatan 17 yang mempunyai tiga orang anak dua lelaki dan seorang perempuan setelah kehilangan suaminya terpaksa membanting tulang empat karat   untuk menyara hidup bagi membesarkan  tiga orang anaknya  bekerja sebagai pembantu pembuat kuih muih  dengan jirannya.

Upah yang diperoleh daripada majikannya setiap hari dibayar RM15.00 kalau tidak mangkir sebulan genap 39 hari mahu juga  RM450.00 ditambah dengan bantuan balu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat  setiap bulan RM300.00 dan menjadikan jumlah keseluruhan pendapaan bersih ialah RM700.00.



TABAH MENGHARUNGI LIKU-LIKU KEHIDUPAN....Martina bersama tiga orang anaknya menerima bantuan duit raya darripada Noraini


Ditanya adakah pendapatan sebulan RM700.00 mencukupi untuk menanggung perbelanjaan tiga orang anaknya itu Martina memberitahu cukup memang cukup tetapi terpaksa kena berjimat cermat  lagipun dia tinggal serumah dengan kakaknya hanya membantu bayar bil air dan bil lektrik sahaja.


Berikut temuramah antara Wartawan FST dengan Martina





Wartawan: Nartina masih muda setelah ditinggalkan suami untuk selama-lamanya tidak terfikir kah mahu mencari kelaki untuk pengganti orang yang telah pergi.


Martina: Mahu juga berahwin  tetapi buat masa ini belum terlintas dihati untuk mencari suami baru sebab bukan mudah nak mencari lelaki yang baik hati budi peketti  saya tak  kisah lelaki itu muda atau berumur asalkan bertanggungjawab mempunyai pekerjaan tetap yang boleh menyara hidup tiga orang anak-anak saya.

Wartawan: Kalau  lelaki ada isteri adakah Martina mahu menjadi isteri kedua.

Martina: kalau itu sudah suratan takdir yang menenutkan saya redah menerimanya asalkan orang itu baik berlaku adil dan seksama dalam memberikan nafkah batin sama ada isteri pertama atau isteri kedua.


Wartawan: Terima kasih Martina kerana sudi ditemuramah.

No comments:

Post a Comment