Tuesday 8 July 2014

DAP DAN UMNO KERJASAMA AGIH-AGIHKAN BUBUR LAMBUK DIBULAN RAMADAN

Written by Admin

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

JOHOR BAHARU:  Untuk membangunkan  di satu-satu kawasan untuk rakyat baik  dilakukan oleh pihak Parti Pembangkang mahupun pihak kerajaan yang memerintah khususnya Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya dipertikaikan kalau itu niat untuk memajukan bagi menaik  taraf kehidupan rakyat yang diwakilinya kita sokong penuh.

Contohnya pada hari ini saya sebagai Ketua Pemuda Bahagian UMNO  Kluang saya tidak memusuhi mana-mana pihak sama ada PAS, PKR dan DAP kita bertekak hanya semasa dipersidangan Dewan Parlimen sahaja diluar kita kawan walaupun mempunya idologi perbezaan faham politik kita adalah rakyat Malaysia.

Ketua Pemuda Bahagian UMNO Kluang  Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata  kepada Media sejurus selepas mengagih-agihkan bubur lambuk kepada  masyarakat setempat  sempena bulan Ramadan Almubaraq ini.

“Saya mengajak sekali Ahli Parlimen  Kawasan Kluang (DAP)  Liew Chin Tang untuk bersama-sama mengagih-agihkan bumbur lambuk tersebut kelmarin, saya berterima kasih kerana YB Liew sudi menerima jemputan saya inilah trend politik sekarang boleh dijadikan contoh terhadap mana-mana badan politik di Malaysia” ujarnya.

“Memang ramai orang khususnya para penyokong BN dan penyokong Pembangkang merasa kehairanan kenapa pemimpin DAP dan UMNO/BN boleh bekerja sama dalam satu masa sempena bulan Ramadan inilah keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini  musuh boleh dijadikan kawan. Katanya lagi.




MESRANYA....Ahli Parlimen Kluang DAP Liew dan Ketua UMNO Bahagian Kluang Khairul bekerja sama erat mengagih-aagihkan bubur lambuk

Katanya lagi bukanlah semua wakil rakyat daripada pembangkang itu jahat sebab merekapun pemimpin yang dipilih melalui undi pilihanraya untuk membangunkan rakyatnya di satu-satu kawasan yang mereka wakili.


MESRANYA Kedua-kedua Pemimpin yang dinamik




PERADUAN UMMAH ......Datuk Najib dan  Datuk Anwar boleh minum bersama selepas menghadiri Persidangan Dewan Partlimen

Khairul menambah kenapa Perdana Menteri Datuk Mohd Najib Tun Razak boleh minum bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri Persidangan Dewan Parlimen.

No comments:

Post a Comment