Written by
Admin
OLEH FARIDAH AHMAD
TAWAU:- Bebarapa kawasan perkampungan dan kawasan
Taman Perumahan meresa kesal terhadap pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang
tidak begitu bertanggungjawab dalam menangani pelbagai masalah terumata sekali
dipersekitaran kawasan yang dimaksudkan mengenai alam sekitar.
Datuk Mohd Jeffry Rosman seorang aktivis masyarakat Tawau
bagi pihak penduduk-penduduk yang menjadi mangsa keadaan banjir kilat akibat
hujan lebat malam tadi menyatakan ini semuanya adalah angkara pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sambil
lewa sahaja tidak begitu serius menangani segala permasalahan penduduk terutama
sekali tidak melaknasakan kerja-kerja penyenggelaraan system saliran perparitan dan longkang-longkang yang
banyak tersumbat oleh hakisan dan sampah sarap tidak pernah dibersihkan inilah
punca sebenar kenapa kalau hujan tidak sampai satu jam air cepat naik mendadak
dan mengendelami kawasan rendah.
HATI-HATI DATUK....Datuk Jeffry menunjukkan kawasan rumahnya dinaiki air sedalam 2 kaki akibat banjir kilat
“Saya bagi pihak penduduk-peduduk yang terlibat dilanda
banjir kilat meminta jasa baik kepada Ahli Parlimen dan Wakil-Wakil Rakyat yang
berkenaan khususnya daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar turun padang
untuk meninjau untuk melijat keadaan
sebenar selanjutnya mendesak kepada pihak MPT agar dapat melaksanakan kerja-kerja
pembersihan keatas saliran parit longkang dan pembersihan kawasan sungai ini
untuk mengelakan daripada banjir kilat”
ujarnya.
Kata Jeffry ini kegagalan pihak MPT menangani isu banjir kilat yang tidak dapat diselesaikan sejak dari dulu lagi sehingga sekarang betul-betul mencemarkan dan menjatuhkan imej daerah Tawau di mata pelancong luar dan dalam
Jeffry berkata dimusim banjir kilat ini bermacam-macam perkara boleh berlaku kepada penduduk antara nya semua binatang berbisa seperti ular hitam ular tedung ular senduk dan lipan juga kala jengking berkeluaran termasuk semut api.
No comments:
Post a Comment