Friday, 1 August 2014

UMAT ISLAM DITEGUR KERANA BER SELFIE DAN BERPESTA SEMASA MENZIARAHI KUBURAN PADA HARI RAYA

Written by Admin
OLEH: KAMARUL ZAMAN

PETALING JAYA:  Imam muda, Abdul Fattah Riddzuwan menyelar tindakan segelintir umat Islam yang menjadikan kubur sebagai tempat untuk ber’selfie dan  tempat berpesta.
Menurutnya, kita pergi ke kubur adalah untuk menginsafkan diri kita sebagai seorang manusia yang suatu hari nanti akan kembali kepada tuhan kita.

HUKUMNYA HARAM.... Boleh dikategorikn sebagai haram jika berniat berseronok ber-selfie di kuburan

“Bukan pergi ke kubur untuk buat pesta ambil gambar dan berseronok dan bergembira.
“Ingat kubur ingat mati, bukan ingat kubur ingat ‘selfie’,” katanya di dalam status Facebooknya.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar dengan tindakan segelintir umat Islam ber‘selfie’ di tanah perkuburan lebih-lebih lagi semasa menyambut Aidilfitri.
“Perbuatan ini boleh dikategorikan haram jika kita berniat untuk berseronok.
“Tindakan tersebut sangat tidak wajar kerana sepatutnya kita ke kubur untuk menjadikan iktibar dan menginsafkan diri kita,” katanya,
Tambahnya lagi, masyarakat masa ini tidak mendalami sedalam-dalamnya mengenai amalan menziarahi kubur terutama pada musim sambutan Aidilfitri.
“Amalan ziarah-menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan yang masih hidup adalah sangat baik jika dilakukan semasa
“Sambutan hari raya adalah kemuncak ibadat untuk kita saling ziarah-menziarahi bagi tujuan bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama manusia.

BERPESTA....Tanah kuburan dijadikan tempat berpesta?











“Amalan menziarahi kubur tidak menjadi satu kesalahan namun ia boleh menjadi haram jika kita berniat untuk berseronok dan tidak mengikut adab yang ditetapkan,” ujarnya.


Di  Sabah pun ramai masyarakat Islam yang menziarahi kuburan keluarga mereka seolah-olah satu pesta  selepas saja membaca surah Yassin mereka bergambar-gambar di dekat pusara keluarga  mereka ini  jelas ia menggambarkan bahawa tanah kuburan seperti sebuah Taman Peranginan dan perbuatan seumpama ini boleh dikategorikan sebagai haram jika kita berniat berseronok.

No comments:

Post a Comment