Saturday 23 August 2014

DAERAH TAMBUNAN DILANDA BANJIR KILAT SISTEM PERPARITAN TERSUMBAT TIDAK DIBERSIHKAN

Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG

TAMBUNAN:- Kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis  Daerah Tambunan (MDT) menangani masalah system  saliran perparitan di seluruh kawasan pekan Tambunan telah banyak menimbulkan pelbagai masalah yang kerap dihadapi oleh warga penduduk daerah yang dimaksudkan.

MDT...Gagal tangani masalah sistem perparitan tersumbat



Banyak saliran parit tersumbat pihak Majlis daerah Tambunan tidak dibersihkan ini penyebab utama bila hujan dalam beberapa jam sahaja beberapa kawasan dipersekitaran mudah dilanda banjir kilat sehingga menenggedelami rumah-rumah dan deretan kedai-kedai yang berhampir.

Wartawan Free Sandakan Today.Net sempat membuat tinjauan ketempat tersebut sejurus selepas  dihibungi oleh orang kampung memang nyata banyak parit-parit yang tersumbat oleh sampah sarap pihak MDT tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan keatas parit-parit yang disebutkan.
  
Sebahagian penduduk Tambunan merungut kerana tidak  puas hati terhadap system pentadbiran MDT mereka bukan tidak membayar cukai pintu saban tahun tetapi perkhidmatan yang dijalankan terlalu lembab.



No comments:

Post a Comment