Monday, 4 August 2014

ZIARAHI MAJLIS RUMAH TERBUKA IKAT JALINAN MESRA DAN KEHARMONIAN KAUM

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI





KARAMUNTING:- Kehadiran dua pemimpin Barisan Nasional (BN) antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karamunting Charlie O Pang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya mengziarahi majlis rumah terbuka Hari Raya dikediaman Hj Suhaimi Hj Mugalibal di kampung Bokara ia menjurus  mengikat jalinan mesra bagi  memupuk dan mengeratkan  siratulrahim antara satu sama lain.

Kunjung berkunjung kerumah kawan-kawan dan sahabat handai khususnya dimusim-musim perayaan seumpama ini memang sudah menjadi tradisi  bangsa Malaysia tidak kira apa kuturunan perbezaan kepercayaan anutan agama dan budaya terus diamalkan hingga ke beberapa generasi.

Dalam kunjungan raya dua orang pimimpin itu serta rombongannya  ia membuka ruang untuk menghulurkan  tangan berjabat salam bagi mengucapkan Selamat Hari Raya dengan Maaf Zahir dan Batin segala kesilapan lalu dan makan minum minta dihalalkan jadinya 00.

Haji Suhaimin sebagai tuan rumah dan bagi pihak seluruh anggota keluarganya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Charlie dan Samsudin serta rombongannya  kerana sudi datang bertandang kerumahnya sempena hari lebaran.

“Dengan kehadiran dua pemimpin itu semoga mengiratkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin yang dikasihi” ujar Hj Suhaimi

No comments:

Post a Comment