Sunday, 24 August 2014

29.921 PELAJAR CEMERLANG LAYAK TAPI GAGAL DAPAT SEBARANG BANTUAN UNTUK KE IPTA......NIK NAZMI

Written by Admin

OLEH: RAMASAMEY KARUNAKARAN

SHAH ALAM:-Timbulnya sikap birokrasi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pemberian bantuan biasiswa  kepada penuntut   yang cemerlang  dalam keputusan Sijil Pejalaran Malaysia (SPM) menimbulkan kontraversi
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa supaya Menteri Pendidikan  Malaysia meketakkan jawatannya.
Gesaan oleh Ketua Pemuda PKR berikutan berpendapat ramai pelajar lepasan SPM dan Matrix yang cemerlang tidak dapat tempat ke IPTA.
“Tahun ini bilangan pelajar cemerlang yang langsung tidak mendapat tempat ke IPTA adalah puluhan ribu.
“Bukan sahaja Ali, Ah Chong atau Muthu, malah merentasi semua kaum yang tidak dapat masuk ke IPTA,” katanya dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR ke-10.
Tambah beliau, golongan muda juga bukan sahaja terbeban untuk menempatkan ke IPTA tetapi siswa yang baru habis belajar juga dibebani hutang PTPTN.
Ini berikutan kemerosotan ekonomi negara yang berlaku seperti gaji tidak naik, kos Sara hidup naik, dan pelaksanaan GST nanti akan menyebabkan keadaan bertambah lagi buruk.
“Masalah lain yang dihadapi anak muda masa ini ialah kegagalan kerajaan menyediakan rumah mampu milik.
“Kemerosotan ekonomi ini menyebabkan anak muda dibebani tekanan yang cukup tinggi. Kami juga akan meneruskan usaha untuk mengadakan kempen menurunkan harga kereta,” jelasnya.
Ujarnya, AMK amat memandang serius isu ini, dan akan berusaha untuk menyediakan pelan-pelan kemahiran anak muda yang tidak dapat masuk ke universiti.
“Kami jua mendesak untuk kerajaan Umno memandang serius isu-isu yang membebankan generasi muda,” katanya.
Semalam Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata hanya 55 peratus sahaja pelajar yang layak mendapat tawaran tahun ini berbanding 72 peratus tawaran tahun lepas.
Tahun ini hanya 37, 467 pelajar ditawarkan IPTA berbanding 41,573 tawaran tahun lepas.
Seramai 29,921 pelajar yang layak, gagal mendapat sebarang bantuan tahun ini.



No comments:

Post a Comment