Sunday 24 August 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SEPI RAMAI PEMILIK KERETA TIDAK MEMASANG BENDERA JALUR GEMILANG?

By Admin

SURAT TERBUKA UNTUK EDITOR


Terlebih dahulu saya memohon kerjasama kepada pihak Portal Online Free Sandakan Today.Net  meminta sedikit ruang  untuk mengutarakan coretan saya mengenai Hari Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos 2014 ini.

Sama ada suka atau tidak, Hari Kemerdekaan Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu pada ketika itu) adalah pada 31.08.1957 (57 tahun telah merdeka), Sabah 31.08.1963 (51 tahun telah merdeka) dan Sarawak pada 22.07.1963 (51 tahun telah merdeka)..

Huraian dan terjemahan dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:~

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini di Sabah telah menampakkan “kelainan” dan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Bukan kerana kejadian yang melanda MH17, kehilangan pesawat MH370, kes penculikan di Sabah mahupun isu perlantikan Menteri Besar Selangor, tetapi ia lebih kepada kebangkitan sebahagian penduduk Sabah yang menunjukkan kematangan rakyat Sabah dalam menegakkan tahun sebenar Hari Kemerdekaan di negara kita. 


Kerajaan persekutuan telah menggunakan pendekatan dengan menggunakan tahun 31 Ogos 1957 sebagai tahun kemerdekaan di peringkat kebangsaan namun pada hakikatnya, ia merupakan tarikh keramat untuk Semenanjung Malaysia (dikenali sebagai Tanah Melayu sebelum ini) sahaja yang telah mendapatkan kemerdekaan dari pemerintahan British pada ketika itu. 



Namun yang demikian, Sabah hanya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 daripada kerajaan British dan ini bermakna Sabah meraikan Hari Kemerdekaan Yang ke-51 pada tahun ini. Sarawak pula mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963.

Dalam masa 6 tahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (pada tahun 1957), Sabah masih belum merdeka daripada kerajaan British. Pendek kata, Semenanjung Malaysia sepatutnya meraikan 57 tahun setelah mencapai kemerdekaan daripada pihak kerajaan British dan bukannya Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-57.

Sebagai Penolong Setiausaha Jawatankuasa DAP Sandakan saya melahirkan rasa terkilan terhadap Kementerian Penerangan dalam mempromosikan sambutan berkenaan yakni Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-57. Ia seolah-olah telah mengetepikan perayaan yang begitu bermakna untuk penduduk di Sabah yang mana kerajaan negeri Sabah turut meraikan 57 tahun kemerdekaan. Kenapa kerajaan negerISabah tidak boleh merayakan dan mempromosikan sambutan Hari Kemerdekaan Negeri Sabah Yang Ke-51 sedangkan sejarah negeri Sabah tidak boleh diketepikan dengan sewenang-wenangnya. 


MemanSejarah tetap sejarah!!!...Pernahkah kita mempelajari matapelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah berhubung dengan tarikh kemerdekaan negeri Sabah?..Jawapannya adalah tidak. Kita langsung tidak didedahkan dengan tarikh keramat berkenaan. Apa yang diajar dan diselitkan dalam buku matapelajaran cumalah tarikh 31 Ogos 1957!!!...


g kita tidak menafikan tarikh keramat 31 Ogos 1957 adalah penting, namun yang demikian, kenapa rakyat Malaysia tidak didedahkan dengan tarikh-tarikh bersejarah yang melibatkan kemerdekaan di negeri Sabah dan Sarawak? Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Menteri sentiasa mengingati kita untuk menghayati sejarah kemerdekaan setiap kali menjelangnya 31 Ogos setiap tahun. 

Apakah salah kita sebagai penduduk Sabah yang sah, menghayati detik-detik bersejarah di bumi sendiri apabila mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963? Apakah kita tidak layak untuk menuntut kembali tarikh keramat ini supaya dimasukkan ke dalam minda setiap penduduk di Sabah khususnya dan rakyat Malaysia pada amnya? Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional langsung tidak mengiktirafkan hari berkenaan sebagai hari yang disambut oleh semua lapisan masyarakat sejak dahulu lagi. 

Melalui  Poetal Online Free Sandakan Today.Net  telah mengemukakan soalan “Kenapa tahun ini begitu kurang sekali rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Sandakan mengibarkan jalur gemilang?”. Ada yang menjawab “Untuk melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan”. Jawapan yang diberikan ini lebih mengaitkan kepada isu-isu berhubung dengan tahap pengurusan kerajaan dalam membantu rakyat sehingga membebani rakyat dengan kenaikan harga barangan serta kos sara hidup yang tinggi. 
 

Oleh yang demikian saya  amat  mengharapkan golongan muda dan mereka yang masih berada di bangku sekolah, supaya lebih mengetahui perkara berhubung dengan isu-isu kenegaraan terutamanya negeri Sabah ini supaya sejarah “tidak hilang ditelan masa”. Hanya perjuangan kita inilah yang boleh meneruskan info yang berguna kepada generasi akan datang dan tidak sewenang-wenangnya mengubah sejarah yang telah berlaku sejak dahulu lagi. Hayati kemerdekaan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta Malaysia itu secara keseluruhannya.

Sekian terima kasih
Bryan Chang Shak Hung

No comments:

Post a Comment