Written by Admin
DARI MEJA EDITORIAL FST NEWS
SHER
HA TOKOH @ EQYA
FOTO:
APEK ANSUKOI
USAHA murni A M Enterprise yang berpejabat di Bandar Pasar Raya Km 7.8 Jalan Utara Sandakan yang akan mengadakan projek Bazar Up Town bertempat di Bandar Litat dekat sini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan laluan kepada peniaga setempat khususnya kaum bumiputra untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Dalam wawancara eksklusif antara Pengurus A M Enterprise
Abdillah Musa @ Alex dengan Pengarang Kanan Portal Online Free Sandakan
Today.Net Saimon S Jumadi petang tadi Alex
antara lain menjelaskan ini adalah salahsatu matlamat dan objektif untuk meningkatkan tahap ekonomi
bumiputra bila mana mereka nanti turut sama menyertai membuka perniagaan d igerai-gerai
Up Town itu nanti.
Menurut Alek projek ini
dijangka akan
dimulakan pada September ini dengan mempelbagaikan jenis perniagaan akan
diadakan seperti gerai menjual pakaian, gerai makan minum (take away) dan buah-buahan dan juga pentas hiburan untuk menghiburkan kepada para mengunjung.
Bazar ini akan diadakan saban hari Isnin, Selasa dan Rabu dan setakat ini yang sudah mendaftar untuk memulakan
menjalankan perniagaan mereka mencecah seramai 50
orang yang merangkumi 50 gerai.
WAWANCARA EKSKLUSIF...FST NEWS (SSJ) dengan Pengurus AM Enterprise Alex
“Saya bagi pihak A M Enterprise mengucapkan terima kasih kepada pemaju Bandar Litat bukan saja membenarkan syarikat kami malahan menyokong usaha kami
sehingga pihak Majlis Perbandaran Sandakan meluluskan permit untuk membolehkan
kami memulakan mewujudkan projek ini” Ujar Alex.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MPS
kerana meluluskan permit projek ini dan disamping kami akan sentiasa patuh segala arahan dan
syarat-syarat yang diberikan oleh MPS mengenai penjagaan kebersihan dipersekitran kawasan bazar itu" katanya.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman dijangka akan meyempurnakan
upacara pembukaan Bazar Up Town ini pada
September ini.
No comments:
Post a Comment