Written by
Admin
OLEH KAMARUL
ZAMAN


Dalam pada itu PR akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan
ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Keputusan ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng, Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu dan saya sendiri,” katanya pada sidang
media di Empire Hotel, Subang.
Anwar juga turut mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersetuju
untuk terus bersama dalam PR.
“Kita ambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali
untuk jawatan MB,” jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden, Azmin Ali berkata beliau cukup
menghargai pencalonan daripada PAS dan mengucapkan terima kasih.
Namun beliau menegaskan untuk terus komited dengan keputusan parti
sekiranya beliau tidak terpilih untuk jawatan tersebut dan meminta rakyat dan
ahli-ahli PR Selangor redha dengan
keputusan yang telah dibuat demi perjuangan Pakatan Rakyat.
“Selaku timbalan presiden, saya akur dengam keputusan parti untuk
mencalonkan Wan Azizah sebagai MB.
“Laporan akuan bersumpah akan dipersembahkan kepada Sultan secepat
mungkin,” ujarnya.
Kata Azmin lagi dengan terlantiknya salah seorang untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor setelah diperkenankan oleh Sultan Selangor maka krisis dalaman PKR akan berakhir dan tidak ada lagi timbul pelbagai spekulasi dan tomahan dilemparkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang suka melihat PR berpecahbelah antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment