Wednesday, 20 August 2014

LEBIH 3,000 MENYERTAI LARIAN HAPUSKAN RASUAH ANJURAN WANITA GERAKAN

Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Larian Hapuskan Rasuah anjuran Pergerakan Wanita GERAKAN  yang diadakan di Padang Bandaran dekat sini minggu lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Lebih 3,000 orang yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat telah mengambil bahagian untuk menyertai program tersebut yang bermula dari jam 7.00 pagi.

Menteri Pembangunan dan Perindustrian Negeri yang juga ADUN Tanjung Papat Datuk Raymond  Tan Tsu Kiah telah menyempurnakan program tersebut

Dalam ucapannya beliau antara lain mengingatkan rakyat  agar menjauhi untuk tidak terjebak kegiatan rasuah  yang merupakan musuh negara dan perbuatan terkutuk.

Katanya  sama ada memberi atau menerima sesuatu hadiah dan sebagainya yang bermotifkan untuk mendapatkan sesuatu itu adalah rasuah namnya  jika amalam rasuah di kalangan masyarakat tidak dibendung ini boleh menghancur negara sendiri.


 

“Contohnya akibat berlakunya rasuah penjualan rokok haram semakin berleluasa perairan kita mudah dibolosi atau diceroboh oleh musuh-musuh dari luar” tegasnya.

No comments:

Post a Comment