Written by Admin
OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:- Ketua UMNO
Bahagian Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon menasihatkan kepada ahli-ahli
UMNO perlunya mengutamakan usaha-usaha untuk memperkasakan parti dengan merapatkan saf dan memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan Pemimpin Wanita dan ahii diperingkat akar umbi.
“Ini amat penting kerana
perpaduan yang intim di peringkat akar
umbi ia merupakan tunjang utama dan nadi
kekuatan bagi UMNO untuk menghadapi
apa juga cabaran dalam merealisasikan
misi perjuangan kita” kataya.
Ampong berkata demikian ketika
berucap di majlis perasmian Mesyuarat
Perwakilan 2014 Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang diadakan di
Ballroom Sabah Hotel dekat sini pagi tadi.
Justeru itu, saya berharap
agar urusan perjalanan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Sandakan
dapat mengikut landasan peraturan dan perlembagaan yang ditetapkan dalam parti penuh ketertipan dan etika yang bersesuaian dengan budaya
bangsa kita seperti mana juga
yang diharapkan oleh pucuk kepimpinan UMNO Pusat” tegasnya.
Sambil itu Ampong berpuas
hati dengan kepimpinan Wanita UMNO yang diterajui oleh Noraini Sulong sebagai
Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan telah membawa banyak perubahan besar dalam arus permaufakatan dan perpaduan kelompok
wanita sama ada diperingkat Bahagian, Cawangan dan akar umbi.
“Saya merayu semua wanita
UMNO bahagian Sandakan agar dapat bekerjasama sepenuhnya dengan Ketua Wanita UMNO agar segala program dan aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar” ujarnya.
No comments:
Post a Comment