Tuesday 19 August 2014

3,000 PENDUDUK KG NOTORUSS BAKAL JADI MANGSA KORBAN JIKA EMPANGAN BABAGON PECAH AKTIVITI LETUPAN BATU KUARI

 Written by Admin


OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU: Tindakan pihak kontraktor yang bercadang akan  membuka kuari untuk memecah batu yang jauhnya hanya 1.5 kilometer daripada Empangan Babagon di sini dalam dua tiga hari ini nanti telah menimbulkan  kebimbangan di kalanan  ribuan penduduk yang tinggal di sekitar lokasi terbabit kerana akan di timpa pelbagai malapetaka yang tidak diundang itu. 

BENCANA.....Beginilah terjadinya  tragedi na yang bakal menimpa penduduk Kampung Notoruss jika empangan Babagon pecah akan membinasa semua harta benda dan nyawa manusia gara-gara membuka kuari.....mungkin ini yang pihak kerajaan mahu 3,000 penduduk Kg tersebut menjadi mangsa korban

Mereka amat khuatir impak letupan berterusan daripada kuari itu nanti akan mencetuskan tekanan hingga memecahkan dinding empangan, menyebabkan air mengalir keluar dan menenggelamkan tanah rendah di Lembah Babago dan ini  jelas bakal membunuh ribuan manusia  yang membabit kan seramai 3,000 penduduk akan terjejas secara langsung jika perkara ini berlaku ini kah yang pihak kerajaan mahukan 
Lokasi kuari itu juga terletak hanya 550 meter dari sungai dan  kurang dari dua kilometer dari kampung terdekat,” kata Pengerusi Jawantankuasa Bertindak Kampung Notoruss, Alberto Arguelles, dalam satu kenyataan kepada wartawan Free Sandakan Today. Net di sini kelmarin.
“Kegiatan kuari biasanya membabitkan kerja-kerja mengebom di mana jika berlangsung berterusan, impaknya boleh melemahkan dinding empangan dan seterusnya memecahkannya.”
Menurut Arguelles, sebelum in apabila air dilepaskan daripada empangan itu kerana hujan lebat berterusan, ia menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dalam masa beberapa minit.
Dan jika ia pecah tambahnya, air boleh naik sehingga enam kaki tinggi dalam masa lima minit.
Menyebut kesan lain yang boleh dicetuskan jika kuari itu diteruskan ialah melemahkan aktiviti sosio ekonomi termasuk menjejaskan sistem tagal (sistem pengurusan hidupan air sungai) yang menarik ratusan pelancong untuk datang di sini.
Arguelles berkata, kontraktor syarikat berkenaan sudah membersihkan kawasan yang luas untuk tujuan itu dan dijangka memulakan rancangan mereka untuk melombong batu di sana. Kawasan terbabit melibatkan tujuh geran tanah anak negeri (NCR) dan dua geran CL.
“Kontraktor menjelaskan bahawa mereka akan beroperasi di kawasan seluas 16 ekar sahaja tetapi sehingga kini kawasan yang dibersihkan sudah lebih daripada 16 ekar,” katanya.
Geran tanah terbabit juga melibatkan kawasan seluas 124 ekar dan mereka tertanya-tanya sama ada semua kawasan itu akan dilombong.

MAHU UNTUNG SAJA...Pihak kontraktor mahu memikirkan keuntangan saja daripada memikirkan nasib nyawa manusia jadi korban ini bukti pernah terjadi di Malaysia mahu kah fenomena sebegini berulangan lagi....teruskan niat kamu kalau itu yang terbaik untuk syarikat kamu jangan pedulikan soal nyawa 3,000 penduduk kerajaan akan melindungan syarikat kamu 


Menurut Arguelles, apabila mereka meminta salinan surat kerajaan daripada syarikat itu, mereka diberitahu kononnya sudah mendapat kebenaran untuk membuka kuari itu.





No comments:

Post a Comment