Monday 18 August 2014

WANG MILIK MANGSA MH370 LESAP OLEH SINDIKET

Written by Admin
OLEH: KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR:-  Sebanyak RM110,643 milik empat mangsa pesawat MH370, lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan dan dikeluarkan oleh seorang kakitangan bank tanpa kebenaran.

Kejadian disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang petugas bahagian perkhidmatan pelanggan bank asing itu selepas mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun itu. 

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga  China Ju Kun dan Tian Jun Wei satu akaun penumpang warga Malaysia Hue Pui Heng dan satu akun lagi milik Pramugara  warga Malaysia Tan Size Hian

Ketua Polis Daerah Dang Wangi SAC Zainuddin Ahmad berkata  siasatan awal mendapati wang daripada tidak akaun milik tiga mangsa telah dipindahkan ke akaun milik seorang lagi mangsa secara tanpa kebenaran melaluie-banking atau pemindahan melalui internet.
Keluar Melalui Mesin ATM

Pada pemeriksaan awal bank mendapati semua wang yang dikumpulkan dalam akaun mangsa keempat kemudian dikeluarkan melalui beberapa kios mesin pengeluaran wang automatic (ATM) di beberapa lokasi cawangan bank berkenaan.

Selain itu ada satu pemindahan sebanyak RM35,000.00 dikesan pada 14 Julai  lalu dari akaun sama ke satu akaun bank lain yang didaftarkan atas nama seorang lelaki”katanya malam tadi.
 
Zainuddin menerangkan pihaknya yang menerima maklumat daripada pihak bank berkenaan kelmarin turut mengesan satu tindakan mencurigakan oleh seorang kakitangan wanita bank yang berumur lingkungan 33 tahun kerana meluluskan permohonan pembaharuan Kad ATM akaun milik mangsa keempat

No comments:

Post a Comment